MUHAMMAD FARHAN X DHIA SOFEA
(sekuel from Mimpi Kan Kamu)
Dhia Sofea atau lebih mesra dipanggil Dhia, merupakan anak bongsu kepada Tuan Darris iaitu pemegang syarikat terbesar DM Holding. Dhia mempunyai tiga orang abang di atasnya.
Pertemuan tanpa sengaja dia dan Farhan di sebuah pasaraya terkemuka telah menimbulkan ketegangan urat di antara kedua-dua bila pihak. Walaubagaimana pun, perkara ini tidak hanya berhenti di situ sahaja, Dhia terpaksa menerima kehadiran Farhan di dalam hidupnya.
dialog
Namun, hubungan mereka seakan-akan sudah melebihi daripada seorang penjaga. Setiap hari, Dhia merasakan hubungan dia dan Farhan semakin pulih, bahkan sudah boleh berbual mesra dan bertukar cerita.
Hari demi hari, hati Dhia sudah mula terbuka untuk menerima kehadiran Farhan di dalam hidupnya. Dia jatuh suka dengan setiap kebaikan yang diberikan oleh Farhan kepadanya. Tanpa mereka sedar, mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
Pada suatu hari, Dhia ditimpa sebuah kemalangan yang hampir menggadai nyawanya sendiri. Dia terpaksa dibawa pulang semula ke tanah air supaya dia dapat dipantau dengan rapi oleh ahli keluarganya.
Dapatkah Dhia menemuai semula cinta hatinya? Mampukah dia untuk pertahankan cinta yang telah dibina bersama kekasih hati?
Todos os Direitos Reservados