Kes pembunuhan seorang CEO terkenal telah menggemparkan seluruh negara. Cap jari yang ditemui pada senjata pembunuhan membawa kepada seorang gadis biasa yang bekerja di sebuah kafe, Madihah Nur Yasmeen.
Bagi pihak Unit Tindakan Khas, kes ini bukan kes biasa. Hazim Arsyan, anggota polis dari unit itu, ditugaskan untuk menyiasat kebenaran di sebalik pembunuhan ini. Namun, kali ini dia perlu menyamar. Menjadi pelayan, bekerja di tempat yang sama dengan Yasmeen, dan perlahan-lahan mendekati gadis itu.
Namun yang peliknya, Hazim bukan satu-satunya yang menyiasat kes ini. Ada seorang polis misteri yang turut terlibat, tiada siapa tahu dari unit mana dia datang, atau mengapa dia begitu berminat dengan kes ini.
Dan Yasmeen juga, semakin banyak yang dia cuba sembunyikan. Siapa dia sebenarnya? Siapa gadis yang kelihatan biasa tetapi menyimpan begitu banyak rahsia itu?
"Aku dah lama tahu rancangan kau, Harriz... atau patut aku panggil kau... Hazim Arsyan?" -Yasmeen-
Dalam diam, Hazim mula terperangkap dalam satu lubang yang penuh dengan pengkhianatan. Apa yang bermula dengan satu pembunuhan, mula membawa Hazim ke arah sesuatu yang jauh lebih gelap.
"Ini baru permulaan... permainan baru saja bermula, Hazim..." -unknown-
Dalam permainan ini, setiap orang yang dipercayai mampu berlakon, tapi siapa pengarahnya?
Pada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh kerana perjumpaan itu Aqeel Luthfi merasakan hatinya telah diisi oleh Nurissa Alya kerana pertama kali melihat Nurissa Alya telah membuatkan dia terjatuh cinta kepada Nurissa Alya. Pernah juga kawannya Amir Qushairi cerita tentang adik perempuannya kepada Aqeel Luthfi dengan perangai nakalnya Nurissa Alya itu. Sejak kehadiran Nurissa Alya pemikiran Aqeel Luthfi penuh dengan Nurissa Alya.
Tetapi Aqeel Luthfi hanya menyimpan rasa sukanya kepada Nurissa Alya ia menyimpan sebagai rahsia.
Aqeel Luthfi juga berkawan dengan abang Nurissa Alya iaitu Amir Qushairi. Mereka berkawan oleh kerana berkerja dalam unit yang sama iaitu dalam bahagian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Nurissa Alya ini perwatakan memang seorang yang lembut tidak suka berbahsa kasar.
Tetapi adakah takdir mereka akan bersatu? Adakah jodoh ada kepada Aqeel Luthfi dan Nurissa Alya? Adakah Aqeel Luthfi akan berjaya memenangi hati Nhhhurissa Alya?
Oleh kerana itu Aqeel Luthfi akan cuba sedaya upaya untuk memenangi wanita yang dia cinta dia akan mengejar selagi Nurissa Alya tidak digelarkan isteri kepada mana-mana lelaki. Dia akan tetap mencuba untuk dapatkan Nurissa Alya !!