Tangled Lies

Tangled Lies

  • WpView
    LETTURE 105
  • WpVote
    Voti 8
  • WpPart
    Parti 1
WpMetadataReadPer adultiIn corso
WpMetadataNoticeUltima pubblicazione gio, mar 26, 2026
WpInfo
Narrativa
Storie d'Amore
"Jadi, awak masih nak datang sini setiap hari, bazirkan masa dan duit beli bunga, semata-mata untuk saya cakap 'ya' pada awak?"- Aisy Adriana. "I suppose I am." -Elhan Aqashah. Tidak pernah terbayang dalam hidup Aisy Adriana untuk menjadi 'midman' sebuah hubungan cinta. Elhan Aqashah, cukup deskripsi sebagai lelaki bermulut manis, kasanova dan popular dalam kalangan wanita. Pertemuan di Kuntom setelah dua bulan terputus hubungan membawa dirinya mengembara ke dalam dunia baru. Walaupun beberapa kali bibir cuba berkata tidak, sedar tidak sedar jiwa wanitanya terbuai mengkhianati diri sendiri. Berbeza buat Elhan Aqashah. Baginya, Aisy Adriana merupakan tiket emas untuk mengheret semula cinta lama ke dalam pangkuan. Dalam mencari sempurna, kekurangannya dilengkapi wanita yang tidak pernah diimpikan bersama. Malah jauh dari senarai keinginannya. Aqashah berperang dengan konflik dalaman. Mana mungkin tangan kotor ini layak membelai wanita sesempurna itu? Bila noda hitam turut mengejar diri, merantai kaki, apa lagi yang boleh dipertaruhkan lagi? Jiwanya juga ketandusan bahagia. "Jujur. Aisy cuma nakkan kejujuran. Siapa Aisy dalam hidup Qash?" - Aisy Adriana. "You know how much you mean to me, Daisy." - Elhan Aqashah. "Buktikan Qash, buktikan." - Aisy Adriana. Taburan harapan dan kemanisan melayangkan Aisy ke alam fantasi. Bila tiba ketukan-ketukan asing di gerbang bahagia, dia tersandar. Huluran bahagia sekadar pancingan, dan sekali lagi penipuan dan pengkhianatan mengotori sutera. Sekiranya hati tidak lagi sehaluan, mengapa perlu dipertahankan lagi? Saat si pengembara mengibarkan bendera putih, gagalkah perjalanan menuju ke destinasi bahagia?
Tutti i diritti riservati
Entra a far parte della più grande comunità di narrativa al mondoFatti consigliare le migliori storie da leggere, salva le tue preferite nella tua Biblioteca, commenta e vota per essere ancora più parte della comunità.
Illustration

Potrebbe anche piacerti

  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Racing King
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C

Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.

Più dettagli
WpActionLinkLinee guida sui contenuti