"I cuma kenal you hanya untuk suka-suka, I tak boleh ada serious relay with anyone. I'm sorry" Lontaran ayat yang buatkan hidup seorang gadis itu hancur-sehancurnya. Bukan dia minta untuk ditakdirkan begini. Adakah ini kifarah buat dia? Tapi layakkan dia di layan begitu dari seorang lelaki yang benar-benar dia cintai ? "Aku trauma. Aku takut nak mulakan hidup baru dengan orang baru. Macam mana orang tu sama macam dia ? " - Bunga Ilyka - "Aku hanya mampu melihat dia dari jauh. Aku sedar siapa aku di mata dia. Andai dia jodohku, kau temukanlah kami dalam ikatan yang sah" - Yusuf Zulkarnain - Dia tetap menunggu walaupun gadis itu mencintai lelaki lain. Matanya tetap tertarik pada gadis yang bernama Bunga Ilyka. Ya, dia ialah Yusuf Zulkarnain yang menunggu Bunga Ilyka dari kecil hingga sekarang. "Stop Ilyka. Please bagi I masa. You cakap you nak bagi I masa kan?" "But ..." Patahnya hati hanya kerana seorang lelaki yang tak berguna tapi tanpa dia sedar ada yang sanggup merawat lukanya itu dan dialah orang yang menunggu saat itu. "Ilyka, aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku takkan biarkan kau terluka lagi. Kembali jadi wanita yang terus tersenyum gembira"All Rights Reserved
1 part