Setelah selesai sesi kelas, Diana baru sahaja mahu pergi berehat untuk makan tengahari bersama rakan sekelasnya sebelum ke kelas seterusnya. Tiba-tiba, dia menjumpai sebuah iklan mengumumkan bahawa Pertandingan Taekwondo Kebangsaan bakal diadakan di Global Cyber University sebagai tuan rumah. Hal itu membuatkan Diana berminat untuk menyertainya, lalu teman lelakinya, Justin dengan rela hati mahu menjadi jurulatih taekwondonya. Walau bagaimanapun, di sebalik usaha untuk mahir dalam seni bela diri itu, Diana mengalami masalah kesihatan mental disebabkan satu kesalahan besar yang dilakukan semasa latihan. Sementara itu, Justin seringkali tertumpu untuk menentang bekas lawannya dari zaman sekolah menengah, Ariana pada pertandingan itu nanti. "Kalau saya bagitahu awak pun, awak bukan nak dengar! All you know is beating Ari!" - Diana "Awak ada dua pilihan; samada nak teruskan atau berhenti." - Justin. Bagaimana mereka akan menangani masalah mereka? Mampukah mereka menempa nama sebagai juara pertandingan taekwondo peringkat kebangsaan?All Rights Reserved
1 part