"Al-Asraar: His Flower from Paradise" mengisahkan Inspektor Ezzan Eidlan yang terperangkap dalam jalinan misteri pembunuhan yang membingungkan, di mana seorang pembunuh yang dikenali sebagai "Secret" mengancam untuk mengungkap rahsia gelap yang telah lama membelenggu keluarganya. Dalam usahanya untuk menghentikan pembunuh ini, Ezzan bergantung pada tunangnya, Eshal Erhal, CEO hotel D'Laurent, yang sentiasa setia di sampingnya.
Walaupun mereka merancang untuk menyemai benih cinta dalam ikatan pernikahan, tragedi silam yang melibatkan keluarga Eidlan tiba-tiba muncul kembali, membangkitkan konflik yang bukan sahaja menguji keutuhan cinta mereka tetapi juga mengancam untuk meruntuhkan impian yang telah dibina. Saat ancaman semakin mendekat, keraguan dan tekanan mencipta jurang di antara mereka, memaksa mereka untuk merenung: Mampukah Ezzan Eidlan dan Eshal Erhal mengatasi rahsia-rahsia yang menyelubungi mereka? Adakah cinta mereka cukup kukuh untuk bertahan dalam badai yang mendatang? Dan di saat rahsia-rahsia terungkap, apakah mereka mampu menerima kenyataan yang mungkin memisahkan mereka selamanya?
Dalam dunia yang dipenuhi kegelapan dan terjerat dalam rahsia-rahsia yang memisahkan, "Al-Asraar: His Flower from Paradise" adalah sebuah kisah yang mendebarkan dan menyentuh hati, mengajak pembaca menyelami perjuangan Ezzan Eidlan dan Eshal Erhal dalam menghadapi cabaran yang mengancam cinta dan masa depan mereka.
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]