Tuan Eirman Elhan-jejaka tampan berkacukan Malaysia-Rusia, pewaris dinasti Sylvester yang telah menguasai ekonomi Rusia sejak abad ke-17. Seorang lelaki penuh karisma, namun hatinya dingin seperti ais Antartika. Hidupnya penuh rahsia, dan dia tidak pernah membenarkan sesiapa menembusi tembok hatinya yang beku.
Puteri Farah-seorang doktor pakar nefrologi yang cantik dan anggun, pewaris utama The Safaraz Group. Walaupun mesra dan disenangi, dia menyimpan luka mendalam dari masa lalu yang menghalangnya mempercayai cinta.
Pertemuan di sebuah majlis keluarga elit membawa mereka ke dalam satu kisah yang tak terjangka. Tuan Eirman, lelaki yang tidak pernah tunduk pada pesona wanita, bertembung dengan Farah, gadis yang tidak kenal putus asa.
"Boleh saya jumpa awak lagi?" - Puteri Farah
"Sorry, but I hate socialising." - Tuan Eirman
Penolakan itu seolah-olah menjadi cabaran buat Farah. Dari berlakon sebagai pesakit hinggalah menyusup masuk ke dalam dunia Tuan Eirman, dia sanggup melakukan apa saja. Namun, semakin dia mendekati lelaki itu, semakin dia menyedari ada sisi gelap yang tersembunyi.
"Menyamar sebagai pesakit kanser semata-mata nak perhatian aku, berbaloi ke?" - Tuan Eirman
"It's really worth it." - Puteri Farah
Namun, kata-kata Tuan Eirman membuatkan Farah mula merasa bahang dinginnya. "Don't be too curious, Printsessa. Curiosity can kill the victim. Like a penguin swimming in the Antarctic sea, unaware of the orca waiting beneath the surface."
Hati Farah berdebar. Apa rahsia di sebalik lelaki ini? Dan sejauh mana dia sanggup bertarung untuk mencairkan ais yang menyelubungi hati seorang Tuan Eirman Elhan?
Cinta, pengorbanan, dan misteri bersulam bahaya. Bersediakah Farah menghadapinya? Atau Antartika akan terus membekukan hati mereka berdua?
📌[Cover by @yyouraphrodite]
📌No plagiarism allowed⚠️
[ BOOK 2 ]
Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka.
"Voice."
Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai petinju nombor satu negara Emriyal.
"Ya, Spider?"
Spider, code name untuk jejaka handalan Emporces yang sebenarnya si bisu Haider.
-
"Der..jom nikah."
"Itu ayat aku patutnya."
"Sudi tak Der?"
"Ya. Sudi. Jom kita kahwin,"
Bahagia Spider hanya bersama Voice. Dan bahagia mereka berdua sekadar sementara.
"Spider kena pergi, Voice."
Kerana jasad Haider bukan hanya milik Allamanda. Itu hakikat yang memeritkan.
"Tolong balik Spider...tolong bawa suami aku balik."
Perit. Roh Allam hilang ditelan Allamanda. Sosok tegapnya jadi lemah. Dia jadi perempuan lembik.
"Dengan izin Allah..abang akan balik. Tunggu abang balik, Voice. Tunggu abang."
Dan itu kali terakhir Allamanda mendengar suara Spider kesayangannya. Suara emas Haider.
Kerana negara yang mahu merdeka, mereka terpaksa berpisah. Demi tanggungjawab seorang perwira, isterinya merana.
Hanya kerana Mahalaga yang mahu menakluk Emriyal, banyak cinta yang terpaksa dikorban.
"Kita dah berkorban, diorang pun dah terkorban. Aku harap aku boleh kuat untuk reda."
-QURRATUL QISSTINA
"Tiga belas tahun aku dah tunggu Haider,kalau tak cukup..sampai mati pun aku boleh tunggu dia, Qiss."
-ALLAMANDA, his Voice
-
Ini kisah Haider dan Allamanda. Cerita mereka yang tersakiti sebagai Spider Voice. Bersama Qissai, second lead couples yang saling mencintai namun tidak punya waktu halal bersama.
"Agaknya, kita sayang sangat pada dunia, Der. Kita sayang sangat dekat hambaNya sampai Dia hadiahkan ujian besar ini pada kita."
-HANS AIMAN
"Ya Man. Ujian aku, aku hilang suara aku lagi."
-HAIDER KAUSAR, her Spider.