BAHAGIA YANG DINANTI

BAHAGIA YANG DINANTI

  • WpView
    Reads 108
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Sep 10, 2024
BLURB Kehidupan Cahaya Rindu Mikayla atau disapa Mikayla tidak seindah seperti sebaris namanya. Celik sahaja matanya mengenal dunia, dia hanya menempuh episod duka dan luka. 'Hey perempuan sundal! Kau tak payah nak menangis! Tak ada sapa-sapa pedulikkan kau!' ~ Amirah. Entah mengapa dia berasa kebenciaan emak begitu pekat sekali buatnya. Sehingga dia teraba-raba mencari kebahagiaannya sendiri. Emak sering menjadikannya babu dan memperhambakannya tanpa sebab yang jelas. Sehinggalah suatu hari sebuah kebenaran terbongkar dengan sendirinya. Sebuah kebenaran yang membuatkan Mikayla kekal mahu bernafas dan percaya bahagia yang dinanti akan tiba. ~Abang jangan nak bela sangat perempuan sundal itu ya! ~ Emak ~Maisarah bukan perempuan sundal! Dia perempuan yang baik! ~ Pak Akob. Mikayla.. Dia tak pernah menyangka ibu kandungnya masih hidup. Diam-diam melakar harapan agar mereka akan bertemu suatu hari nanti meskipun dia sendiri tidak pasti bila waktu itu tiba. Sebuah insiden mula mengubah kehidupan Mikayla. Hadirnya MMT mula mewarnai hidupnya. Saat dia menanti kebahagiaan yang tiba buatnya. Namun, dia tidak berani melakar bahagia itu. Kerana dia banyak menempuh derita sepanjang hidupnya. Lagipun, MMT atau Mr Crush itu ramai peminatnya. ~Itulah orang tua-tua kata. Jangan sesekali bencikan seseorang, nanti kalau dah tersuka kan payah! ~ Nazirah. ~Awak kena bertegas! Kalau awak tak bertegas, memang selamanya awak kena buli! ~ MMT aka Mr Crush. Kehadiran mak cik Fatimah dan MMT sedikit sebanyak mengubat kelukaan di hati Kayla. Namun, siapa wanita misteri yang diperkenalkan oleh Mak Cik Fatimah pada malam itu? Apakah pemilik kilang Frozen tempat Mikayla bekerja itu merupakan mama kandungnya atau bukan? Berjayakah Kayla terlepas dari cengkaman emak dan adik-adiknya? Adakah MMT atau Mr Crush turut mempunyai perasaan yang sama seperti Mikayla atau hadirnya sekadar pelengkap cerita untuk takdir seorang Mikayla? Apakah wujud kifarah buat mereka yang jahat?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • #FATAL
  • LILY (She's My Little Girl) (On Going)
  • The Silence
  • [ C ] NOKTAH DENDAM
  • Broken Hearted
  • Kau Lupa Janji [C]
  • (Completed√) DANGEROUS SOUL
  • 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐈 | 𝐎𝐆
#FATAL

"Nama aku Am. Kau jangan risau. Mulai saat ini, takde sesiapa lagi akan sakitkan kau. Aku akan selalu lindungi kau." Bermula dari saat itu, Am ialah segala-galanya untuk dia. Am yang jadi teman rapatnya, pelindungnya dan... kesayangannya. Sayang dia terhadap Am bukan biasa-biasa. Dia bukannya cintakan Am seperti hubungan cinta antara lelaki dan perempuan, tetapi dia sayangkan Am seperti tidak mahu Am melupakan dia walau sedetik pun. Atau dalam erti kata lain, dia mahu Am ada untuk dia saja setiap masa dan sampai bila-bila! Malangnya, apabila hadir insan lain yang menduduki tempat istimewa di hati Am, dia tak mampu menahan hatinya dari hancur berkecai. "Aku terlalu sayang dia!" Itu yang diungkapnya saat dirinya dihukumi. "Kau faham tak perasaannya bila... satu-satunya orang yang selalu jadi peneman suka duka kau, jadi pelindung kau, jadi orang paling kau sayang dan kau... tak mahu kehilangan dia, tapi tiba-tiba suatu hari... orang lain rampas dia daripada kau! Kau faham tak macam mana sakitnya?!" Dan kerana sakit itu, dia telah lakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Sesuatu yang merubah segalanya... Ini bukannya kisah persahabatan, apatah lagi kisah cinta. Tapi ini kisah di mana seseorang itu tak terlepas dari satu rasa yang membelenggu dirinya. Kesilapannya telah mewujudkan rasa itu. "The such mistake would be fatal." Dan kesilapan seperti itu... Akan membawa maut.

More details
WpActionLinkContent Guidelines