Mengisahkan seorang lelaki yang penuh dengan pelbagai cerita dalam hidupnya. Lelaki tersebut hidup bersendirian, tidak berkomunikasi dengan sesiapa di sekelilingnya. Tiada siapa tahu latar belakangnya, dari mana asal usulnya, siapa ahli keluarganya. Setiap kali keluar dari rumah, lelaki itu akan memakai hoodie dan mask, jadi tiada siapa pernah melihat wajahnya. Satu hari ada sebuah keluarga berpindah masuk ke rumah di sebelah rumah lelaki itu. Pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak lelaki. Pasangan suami isteri itu nampak mesra apabila di khalayak ramai, tapi tiada siapa tahu apa yang berlaku dalam rumah tersebut.All Rights Reserved