New story...
Tengku Faaeq Qalvin
- Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun.
Tengku Balqis Harris
- Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun.
SINOPSIS
"I nak you jadi my fake fiance." - Tengku Faaeq.
"Kau dah kenapa? Aku dah ada boyfriend lah, tak naklah aku!" - Tengku Balqis.
"Menyamar je, F.A.K.E. Kau ingat aku nak sangat kau jadi tunang aku? Tak ingin." - Tengku Faaeq.
"Kalau tak ingin, kenapa kau pilih aku?" - Tengku Balqis.
"Sebab kau je sepupu perempuan aku." - Tengku Faaeq.
Macam tak percaya, lelaki angkuh dan sombong itu tiba-tiba sahaja mengajak si gadis menjadi tunang palsunya secara tiba-tiba setelah sekian lama mereka tidak bersua muka.
Lelaki itu terus memaksa sehingga si gadis terpaksa menerimanya namun...
"I nak putus, menyamar apa kalau dah bertunang?" - Emer Ekhwan.
"No! Don't leave me please!" - Tengku Balqis.
Apakah yang berlaku? Kenapa Tengku Faaeq mahu Tengku Balqis menjadi tunang palsunya? Kenapa bukan orang lain?
Apa yang berlaku antara Tengku Balqis dan kekasihnya, Emer Ekhwan?
"I hate you, Faaeq. Forever" - Tengku Balqis Harris.
"Me too." - Tengku Faaeq Qalvin.
Rule number one, don't trust everyone in this story.
( spin-off The Hidden Lies. )
Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah
Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem.
Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru.
Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem.
"Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder
Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong!
Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha.
Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka.
Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder.
***
"So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha
"Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder
Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali?
You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah.
Start : 24 may 2024
End : 22 Januari 2025