Kisah Ini Tak Sempurna (C)

Kisah Ini Tak Sempurna (C)

  • WpView
    Reads 158
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadComplete Fri, Apr 3, 2026
⚠️ AMARAN / WARNING Kisah ini diilhamkan daripada perjalanan hidup sebenar seorang hamba Allah. Ia diolah semula dalam bentuk cerita agar mudah difahami dan dihayati. Nama watak, tempat serta beberapa situasi tertentu telah ditukar bagi menjaga maruah dan privasi semua pihak. Segala isi dan jalan ceritanya berpaksikan kisah benar yang pernah berlaku. Dilarang keras meniru atau memplagiat karya ini. Kisah ini bukanlah kisah yang sempurna, kerana hanya Ilahi Yang Maha Sempurna. Hamba-Nya tidak akan pernah sempurna sampai bila-bila. Seorang anak perempuan yang dijaga ketat sejak kecil, tidak pernah mengenal dunia luar, akhirnya jatuh ke tangan orang yang paling dipercayainya. Namun kepercayaan itu berbalas dengan luka, dan kasih yang diharapkan menjadi racun dalam hidupnya. Dia tersilap menilai-antara permata dan kaca, antara pelindung dan pemusnah. "Aku tak pernah minta menyusahkan sesiapa di atas muka bumi Allah ini. Aku hanya meminta kepada-Nya agar menguatkan aku, insan lemah yang entah layak atau tidak berada di dunia yang bagi aku kosong ini..." - H. Suara ugutan masih bergema di telinganya. "Kau nak aku bunuh keluarga ni? Atau kau nak tengok mereka lenyap depan mata kau?" - Z. Dia tertunduk, cuba mencari nafas dalam dunia yang seakan tidak berpihak padanya. Siapakah dia? Sekadar bayangan, atau nyata di dunia fana ini? "Aku tak pernah bahagia di dunia ini. Allah mengujiku terlalu kuat, hingga aku terkurung dalam sarang yang menyakitkan. Sakit... aku trauma sampai ke akhir nafas. Ugutan itu masih menghantui, dan parutnya tak pernah hilang." - H. --------------------------------- INFO CERITA. Drama | Berdasarkan kisah benar Tema | Dendam, luka, dan keikhlasan seorang hamba Pain | 90% Bahagia | Hampir tiada Akhir cerita| Bergantung pada takdir dan perjalanan cerita Terima kasih kerana sudi singgah membaca. Setiap komen dan doa anda amat bererti. 🤍
All Rights Reserved
#198
dera
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 5.0 | THE RENTED HUSBAND (REVAMP)
  • Cik yaya
  • JANGAN USIK CIKGU ITU
  • Gadis Superbike Itu Secretary Aku!
  • AEYDEN RAIS | OG
  • Mr and Mrs Smith
  • Kau Lupa Janji [C]
  • Nuh's Secret Wife [C]
  • 修デザイン工房 [closed]

Kai Eskandar x Luna Dahlia Start : 1/5/26 End : Luna Dahlia terdesak. Papanya, Dato Kamal memberi tempoh dua minggu untuk mencari calon suami, atau dia akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. Dan kerana itu, Luna membuat keputusan untuk melamar Kai Eskandar, teman baiknya. "Kai, aku nak sewa kau untuk jadi suami aku selama 100 hari." - Luna Dahlia "Hah? Suami? Fius dalam otak kau tu betul ke tak betul, Luna?" - Kai Eskandar "Aku seriuslah! Kau kena tolong aku, Kai!" - Luna Dahlia Kai Eskandar tidak pernah menyangka sahabat baiknya akan melontarkan cadangan gila seperti itu. Kahwin kontrak? 100 hari? Dengan Luna Dahlia? "Apa aku dapat kalau aku kahwin dengan kau?" - Kai Eskandar "Dah nama pun suami sewaan. Of courselah aku bayar kau tiap-tiap bulan." - Luna Dahlia Eh? Boleh pula macam itu. Si Luna ni, memang tak pernah habis dengan idea mengarutnya. Tapi entah kenapa, bila tengok wajah Luna yang penuh berharap itu, Kai tahu, dia tidak akan mampu menolak. "Dan selepas 100 hari?" - Kai Eskandar "Hmm... kita bercerai. Kau bebas balik jadi lelaki bujang yang kau banggakan sangat tu." - Luna Dahlia Kedengaran mudah. Tiada cinta, tiada komitmen dan hanya satu kontrak sementara. Tetapi apa yang bermula sebagai satu penyelesaian ringkas bertukar menjadi sesuatu yang lebih rumit apabila batasan yang diletakkan mula punah, perasaan asing mula berputik sementelah mereka terperangkap dalam perkahwinan yang kononnya hanya sekadar urusan perniagaan. 100 hari sebagai suami isteri, tanpa sebarang rancangan untuk jatuh cinta. Tapi, bagaimana kalau takdir berkata lain?

More details
WpActionLinkContent Guidelines