Aireena Maiesya, seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah kandungnya dalam tragedi misteri, dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam keluarga angkat. Maria, ibu angkatnya, pada awalnya menyayangi Aireena seperti anak kandungnya sendiri. Namun, segalanya berubah apabila rahsia besar yang selama ini tersembunyi mula terbongkar, menyebabkan hubungan mereka retak dan kasih sayang itu bertukar menjadi kebencian.
Dihantui masa lalu yang penuh rahsia, Aireena membesar dalam bayangan trauma. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila dia mula menerima ancaman daripada seseorang yang obsesif, memaksa Aireena berhadapan dengan kebenaran yang selama ini cuba dia lupakan. Ancaman itu bukan sahaja menguji kekuatan dirinya tetapi juga keselamatan mereka yang berada di sekelilingnya.
Dalam melalui detik sukar, Hazreeq sentiasa berada di sisinya, menjadi pelindung dan penyokong. Seiring waktu, perasaan sayang mula berkembang di antara mereka. Namun, hubungan itu tidak mudah-halangan demi halangan menanti, termasuk rahsia masa lalu yang terus membayangi hidup Aireena.
Adakah Aireena mampu melarikan diri daripada bayangan masa silamnya? Dan adakah perasaan mereka cukup kuat untuk mengatasi semua cabaran, atau hubungan itu akan terhenti di tengah jalan?
START : 6 JANUARY 2025
END : 1 FEBRUARY 2025