31 Partes Continúa ★ Way Back Home Series ( iii ) ft. Jaeryana's Ramadhan Project
Siapa sangka pertemuan dua figura manusia yang berlaku akibat kemalangan jalan raya itu membuka jalan buat dua hati untuk mengenali satu sama lain.
"Kau tak reti bawa kereta ke apa?"
──Aniq Zheandra
"Hei! Kau yang langgar kereta aku, lepas itu suka - suka hati mak bapak kau aja fitnah aku tak reti bawa kereta."
──Nuriman Nadrah
Keadaan memaksa Aniq untuk terus - menerus menetap dikampung itu. Sepanjang keberadaannya dikampung tersebut, pelbagai aktiviti dan kerenah manusia yang belum pernah dia jumpa.
"Apa motif kau pasang ubat nyamuk but still aku kena gigit dengan binatang berbelang itu?"
── Aniq Zheandra, seorang jejaka daripada dikawasan bandar dan dibesarkan dalam keluarga berada.
"Mamat bandar itu menyusahkan betul. Boleh tak sesiapa suruh Tok Jaafar usir dia?"
── Nuriman Nadrah, gadis kampung yang sedang menyambung pelajaran disebuah bandar besar.
Hari demi hari, Aniq dan Iman semakin rapat dan saling nyaman antara satu sama lain. Kedua - duanya sering bertengkar tetapi dalam hati saling mengambil berat.
Alahai, orang kata kalau lelaki dan perempuan memang tak boleh berkawan. Sebab apa? Pasti salah seorang bakal 'tergelincir' menaruh hati!
Dan perkara itu benar - benar berlaku pada Nuriman Nadrah dan Aniq Zheandra.