39 parts Ongoing "Kerana Bintang memang ditakdirkan untuk bersama Bulan."
-----
Bintang, seorang remaja perempuan baru sahaja pindah ke sekolah baharunya. Di hari pertamanya, dia bertudung labuh membuatkan dia terkenal secara tidak sengaja. Bahkan, banyak yang mempermainkannya tetapi hal itulah yang membuatkan dia tampak unik.
Dia, berteman dengan beberapa orang di sana termasuk Malik. Kawan kepada Bulan.
Siapa Bulan?
Bulan ialah seorang yang tidak suka akan masalah tetapi dia juga yang mencari masalah walaupun tanpa sengaja.
Bulan dan Bintang menjadi rakan sekelas sejak mula Bintang menapak kaki di sekolah itu. Walaupun sering bekerja di dalam kumpulan yang sama, hubungan mereka agak tegang. Bulan sering mengusik Bintang manakala Bintang tidak pernah membiarkan Bulan menang.
Pada tahun terakhir Bintang di sekolah menengah itu, dia menyedari bahawa dia sudah jatuh cinta kepada Bulan. Akan tetapi, Bulan dan dia sudah seperti anjing dan kucing. Selalu sahaja cari masalah. Bintang hanya berdiam diri tanpa menceritakan perasaannya kepada sesiapa. Perlahan-lahan perasaannya mula memudar.
Setelah habis sahaja kertas terakhir SPM, dia mendapati seseorang yang lain juga menyukainya.
----
Karya Pertama: @chldbfk_2