"Allah tahu kita kuat sebab itu dia uji kita," Kata-kata arwah sang ibu menjadi pembakar semangat Nureen Amira. Nureen Amira gadis yang dibesarkan oleh ibunya. Kehidupan yang indah bertukar menjadi tragis apabila dia terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa ibunya. Hal itu menjadikan dia mengalami kemurungan yang melampau. Gelap hidup tanpa insan yang digelar Ibu. "Satu kecuaian, hilang satu nyawa." - Nureen Amira Kerana dendam dengan lelaki yang punca dia kehilangan seseorang yang berharga dia memutuskan untuk memerangkap lelaki itu tetapi hal yang tidak teduga terjadi apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu. "Dasar eqqy kesayangan buntal ucuk mommy,"- Nureen Amira "Ulang balik apa yang kau cakap tadi wahai nenek lampir." - Tengku Haydar Maleeq Sebuah perkahwinan tanpa cinta itu sukar. Namun, jika cinta itu wujud pasti menjadi sesuatu yang bahagia. Walaupun dia perlu mengahadap ibu mentuanya yang puaka tetapi dia tidak peduli kerana dia mempunyai Tengku Haydar Maleeq suaminya yang mampu melindunginya. "Di luar, mungkin tugas aku untuk menyelamatkan nyawa seseorang tetapi disini, tugas aku ialah melindungi dan mencintai kau. In my mouth there are no other words for me to express to you other than I love you, Nureen Amira." - Tengku Haydar Maleeq Mereka terpaksa berpisah sementara apabila Nureen harus ke luar negara untuk menyelesaikan tugasnya selama tiga tahun. Rumah tangga mereka hampir runtuh tatkala dia mengetahui kebenaran bahawa suaminya membina kehidupan baharu bersama madunya serta dua orang cahaya hasil daripada Tengku Haydar Maleeq dan madunya semasa dia di luar negara. Kerana cinta, dia menerima kembali suaminya dengan hati yang terluka tetapi tidak dengan madunya dan anak mereka itu. Pelbagai cara dia lakukan untuk menjatuhkan madunya. Marissa Aryana. "Satu dendam, hilang seribu nyawa." - Tengku Haydar Maleeq Adakah dia berjaya untuk menjatuhkan gadis itu? Mampukah rumah tangga mereka bertahan kembali?All Rights Reserved
1 part