Iris Dellina, sebaik sahaja sedar dari komanya, dia dilamar oleh bekas pensyarahnya merangkap bekas abang iparnya. "Apa yang Dr. buat ni? Dr sedar tak siapa saya ni?" - Iris Dellina "Kenapa? Salah ke apa yang I buat?" - Dr. Syed Adam Zhafril "Saya ni adik ipar Dr. tau!" - Iris Dellina "You bukan adik ipar I lagi Dellina! You bagitahu I, hukum mana yang mengatakan haram mengahwini bekas adik ipar? Lagipun, ini semua permintaan terakhir dari Mukhriz." - Dr. Syed Adam Zhafril Hancur hati Iris Dellina mendengar kata-kata lelaki itu. Dia masih tidak puas untuk hidup bersama dengan arwah suaminya. Dia tidak sangka begini akhirnya kisah cintanya dengan Syed Adam Mukhriz. Sukar untuk dia menerima lelaki lain dalam hidupnya kini. Tambahan pula, dalam keadaan dirinya yang sudah hilang keupayaan untuk berjalan. Tanpa kerelaan hatinya, dia diikat menjadi isteri kepada Dr. Syed Adam Zhafril. Seorang lelaki dingin yang bermulut lancang. "Mentang-mentang saya ni anak yatim piatu. Cacat. Dr. ingat Dr boleh sesuka hati kawal hidup saya?" - Iris Dellina Dalam pada dinginnya lelaki itu, dialah yang menjadi pelindung buat gadis itu. Dia berjanji, selagi hayatnya masih ada, tidak akan dibiarkan tangan lain menyakiti tubuh dan jiwa gadis itu.