26 parts Ongoing 📘 The Only One You Can
Genre: Romantik • Fantasi • Bangsawan Moden • Sumpahan • Cinta Takdir,romantik,misteri,dewasa
Tema: Lelaki terkutuk × gadis luar biasa yang tak sedar nilainya sendiri
---
Sinopsis:
💙 "Jika hanya kau yang bisa menyentuhku... maka jangan pernah lepaskan aku''💙
Putera Matthew Alexander - pewaris takhta kerajaan moden Arvenia - hidup terkutuk sejak berumur dua belas tahun. Setiap sentuhan manusia membuatkan tubuhnya terbakar, memerah, dan dadanya sesak, seolah-olah disentuh oleh api neraka. Selama dua belas tahun, doktor dan saintis gagal merawatnya... sehingga satu legenda lama muncul kembali:
"Hanya gadis keturunan asli yang masih memiliki roh murni dapat meleraikan sumpahan darah."
Matthew telah melawat 119 kampung, gagal menemui gadis itu - sehinggalah dia tiba di kampung ke-120. Di sana, dia bertemu Marina Kaelani Orenda, seorang gadis miskin dari bangsa asli Elaruna, yang tak percaya pada takdir dan menganggap ujian itu hanya satu permainan orang kaya.
Namun, satu sentuhan mengubah segalanya.
Marina adalah satu-satunya gadis yang tidak membakar tubuhnya.
Matthew segera mengisytiharkan bahawa dia akan membawa Marina ke istana - tetapi Marina enggan menjadi "penawar" kepada lelaki yang tidak dia kenal.
Dari kampung terpencil ke istana penuh rahsia, Marina terperangkap dalam dunia yang tidak dia pilih - dunia bangsawan, politik, dan kasih yang tidak pasti. Dan ketika adik Matthew yang pernah kehilangan cinta mula mendekati Marina, semuanya menjadi lebih rumit.
Antara takdir dan pilihan, cinta dan luka lama, Marina harus membuat keputusan:
Adakah dia benar-benar satu-satunya yang boleh menyelamatkan Matthew?
Atau dia juga akan hancur di bawah beban sumpahan yang telah lama menunggu korbannya?
---