My Therapy

My Therapy

  • WpView
    Reads 3
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, May 22, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
[slow updates] DAMIA MAISARAH, seorang gadis berumur 18 tahun. Dia menyambung pelajarannya di STPM. Dia merupakan anak sulung, dia bahagia dengan kehidupannya. Namun, kebahagiaannya itu hanya seketika apabila satu kemalangan menimpa keluarganya, hanya dirinya yang selamat dan dia terpaksa bekerja sambil belajar. Namun, tidak sampai sebulan kemalangan tragis berlaku dan ianya melibatkan nyawa orang yang dia sayang. Kini, Damia keseorangan di dunia ini. Dunia ini kejam. Tekanan semakin menghimpit sehingga Damia terjebak ke dunia gelap yang penuh dengan kekejaman. Dunia itu memberikan dirinya trauma setiap hari. Namun, bosnya mula menunjukkan sifat prihatin kepadanya. Hubungan mereka semakin rapat ibarat hubungan ayah dan anak perempuan. Lumrah kehidupan, hubungan yang rapat itu dapat menimbulkan sifat hasad dengki dalam kalangan kumpulannya. Damia difitnah, lalu diseksa hampir setiap hari. Semasa misinya, Damia tidak berjaya melepasi daripada perangkap musuhnya dan rakan pasukannya membiarkan dirinya tanpa membantunya. Dia ditangkap dan dikurung dalam sebuah bilik. Alangkah terkejut, rakannya yang terpisah dulu, kini berada di depan matanya, dia anak buah musuhnya. Dalam diam, rakannya membantu dirinya untuk melarikan diri. Nasib tidak menyebelahi diri mereka, rakannya itu ditangkap oleh musuhnya. Rakannya dipukul di depan matanya. Musuhnya meminta Damia membuat keputusan sama ada berkahwin dengan dirinya atau menyaksikan rakannya diseksa sehingga mati di depan matanya. Namun semuanya berubah. Musuhnya mula menunjukkan sisi yang tidak dijangka oleh Damia. Sedikit demi sedikit, Damia mula menerima lelaki itu dan musuhnya itu mula menjadi tempat penenang jiwanya yang tidak dijangka oleh Damia selama ini. Namun Damia dihimpit perasaan yang keliru. Antara luka semalam yang masih berdarah dan ketenangan yang baru dia rasai. Adakah ini peluang untuk dirinya sembuh atau hanya permulaan kepada penyeksaan yang baharu untuk dirinya??
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Racing King
  • HELLO QASWAR
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE

Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...

More details
WpActionLinkContent Guidelines