1st Novel Satu hari seorang mafia bernama Jordan datang bercuti ke Malaysia. Jordan suka menangkap gambar sewaktu dia bercuti. Suatu hari dia ke Pavilion untuk berjumpa dengan kawan nya. Sekali itu mereka menyambut hari Natal. Setiap tahun di Pavilion akan membuat pertunjukan menyambut hari Natal. Jordan dan kawannya berhenti dan melihat persembahan tarian itu. Sedang dia melihat persembahan tarian itu, ada seorang budak kecil yang menarik perhatian dia. Budak kecil itu menari di tangga pentas pertunjukan Pavilion itu. Dia menari mengikut alunan lagu dengan rancak sekali. Jordan kemudian mengeluarkan kamera yang dia bawak tadi dan merakam gelagat budak kecil itu. Habis sahaja tarian, budak kecil itu pergi ke keluarga nya. Jordan melihat dia tersenyum ketawa bersama keluarga nya. Di situ dia nampak empat orang. Seorang perempuan dan tiga orang lelaki. Jordan mengangkat kamera nya dan snap beberapa gambar sekeluarga itu. "Mak tadi adik menari kat sana kan ada orang rakam mak" kata budak kecil itu. Jordan yang mendengar hanya senyum sahaja.
More details