𝙄'𝙢 𝙖 𝙗𝙚𝙜𝙞𝙣𝙣𝙚𝙧 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙛𝙞𝙚𝙡𝙙, 𝙨𝙤 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙟𝙪𝙙𝙜𝙚 𝙢𝙚. 𝙄 𝙬𝙤𝙣'𝙩 𝙩𝙖𝙠𝙚 𝙞𝙩 𝙩𝙤 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩.☺
Sinopsis:
Inderagiri, sebuah kerajaan yang dulunya makmur, kini berada di bawah cengkaman pemerintah zalim yang menggunakan sihir untuk menindas rakyat. Harapan mereka hampir padam sehinggalah muncul seorang pejuang misteri, yang kelahirannya dahulu dianggap bala.
Kini, Purnama Arjuna bangkit, di antara dendam membusuk serta niat suci mengibar panji-panji Islam, bertempur dalam bayang-bayang untuk menegakkan kebenaran. Hidup dan matinya seolah-olah bergantung pada sebilah pedang ajaib, tetapi semakin jauh dia melangkah dalam perjuangan ini, semakin banyak rahsia terbongkar tentang dirinya, tentang Inderagiri, dan tentang harga sebenar sebuah kebebasan.
Di tengah jiwanya memberontak, hatinya diuji. Cinta Amanda, gadis yang mendamaikan jiwanya, hadir membawa ketenangan. Namun, adakah dia cinta terakhir Purnama Arjuna? Atau mungkinkah Sufi Chempaka, gadis negeri kayangan yang terpaut hatinya pada pejuang ini, menjadi takdir yang tertulis untuknya?
Apakah perjuangan ini benar-benar miliknya, atau dia hanyalah bidak dalam permainan yang lebih besar? Namun, satu hal yang pasti kebebasan sering datang dengan pengorbanan yang tidak terduga...
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat!
Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA.
pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya.
"Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI
"Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ.
Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka.
Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas.
"Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI
GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala.
Memang introvert.
"Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah
Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata...
"Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN
Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng?
"Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."