GARIS IMPIAN (SLOW UPDATE)

GARIS IMPIAN (SLOW UPDATE)

  • WpView
    Reads 55
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jul 30, 2026
WpInfo
Fiction
Social Themes
Grief and Bereavement
Coming of Age
Growth and Self-Discovery
Ayat pertama yang akan aku tuliskan dalam kisahku ialah Gagal Kegagalan Menggagalkan Itu sahaja yang sering bermain di benak fikiranku. Tiada apa yang aku mampu ungkapkan selain itu. Dalam kehidupan sahaja sering mengalami kegagalan apatah lagi dalam dunia percintaan. Terkadang aku ingin bertanya dalam diriku, apakah aku tidak layak untuk bahagia? Apakah ini adalah bencana buat kisahku? Kenapa aku sahaja yang tidak bahagia? Kenapa orang lain terlihat begitu senang dan bahagia sahaja dalam kehidupan mereka? Itu semua sering menjadi tanda tanya dalam diriku. Tetapi aku yakin, pasti suatu hari nanti semua saat-saat penungguan ini akan berakhir jua. Cuma aku harus bersabar untuk tiba di garisan penamat. Bayangan dimana senyuman kebahagiaan akhirnya terukir dibibir merahku. Wajah yang sumringah pula tidak jemu menghiasi hari-hari yang berlalu. Dan, disaat itu jugalah hati kecilku bersuara, 'Masaku sudah tiba.' Ini adalah satu ujian. Anggap sahaja itu adalah tiket untuk kita terus berjaya di masa hadapan tetapi adakah ianya berbaloi? Ya, ianya berbaloi jika kita memandangnya dari arah kebaikkan. Tidak semua perkara yang berlaku dalam kehidupan harian kita adalah perkara buruk tetapi jikalau kita pandai melihatnya dari segi positif pasti kelak kita akan berbahagia mengharunginya setiap saat. Kehidupan ini tiada yang sempurna dan aksara yang tertulis ini juga mungkin tidak memuaskan. Tetapi jika kita tahu erti syukur sebetul-betulnya pasti ianya akan dipandang indah di dalam diri kita. Dan ini adalah kisahku, Falisha. Gadis yang sering mencuba untuk berbangkit kembali walaupun sering kali terjerumus dalam kegagalan. Dicemuh, dipandang rendah, dipergunakan tetapi ianya tetap tidak menghalangku untuk mencapai satu perkara iaitu kejayaan. AMARAN: TATABAHASA DAN GRAMMAR ERRORS! COVER BY: @PutraRize_ thank you for this author!
All Rights Reserved
#29
happygolucky
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Code: Asymaira
  • CIΓ™INEAS
  • Bicara Semalam
  • Pelindung Kasih Purnama βœ… {COMPLETED}
  • Stalker-Ish
  • Young spy©️
  • [Terbit & Revamp] Misi Memikat Anak Raja / Terlanjur Milikmu
  • MAALIK HUGHES
  • Meow Covershop 2
  • Highschool Marriage + K.S.J βœ”

Disangka tenang, sebaliknya penuh dengan kekesalan. Kesilapan Nur Maisarah Syahira membuatkan dirinya kehilangan orang yang begitu berharga dalam hidupnya. Kejadian Bulan Berdarah telah menjadikan hidupnya dipenuhi ketakutan, trauma serta dendam. Dendam itulah yang mengheret Syahira ke dalam dunia gelap yang tidak pernah disangkanya. Pertemuan dengan seorang lelaki asing bernama Rizwan Asyrizal pula membawa dirinya kepada satu misteri yang telah lama terkubur. Blood Dark. Formula dadah yang menjadi buruan dunia gelap. Demi mendapatkannya, ada pihak yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuk mengorbankan nyawa yang tidak berdosa. Kehidupan Syahira semakin lama semakin huru-hara. Semakin dia menghampiri kebenaran, semakin banyak rahsia yang terbongkar. Namun, di sebalik setiap jawapan yang ditemuinya, tersembunyi pula satu lagi pembohongan. Misi Code: Asymaira yang telah lama ditutup kembali dibuka. Tanpa disedari, Syahira sedang melangkah ke dalam permainan yang telah lama dirancang. Permainan yang melibatkan pengkhianatan, dendam dan rahsia yang tidak sepatutnya diketahui sesiapa. Dan hanya satu tujuan yang mendorongnya untuk terus melangkah. Membawa pembunuh adiknya, Mira, ke muka pengadilan.

More details
WpActionLinkContent Guidelines