Sejak kali pertama bertentang mata enam belas tahun lalu, Iklil Munirah tak pernah sekalipun dapat lupakan Lee Juyeon.
Selama tempoh itu juga Ili berpura-pura. Kata tak suka, tapi cemburu bila nampak Juyeon mesra dengan gadis lain. Kata benci, tapi rindu tak tertanggung dek badan bila jauh dari lelaki itu. Selama tempoh itu jugalah Ili bersungguh-sungguh menafikan perasaannya terhadap Juyeon.
Gagal. Hati dan perasaan Iklil Munirah tak pernah menipu. Selama-lamanya untuk Lee Juyeon.
Namun, dari sudut pandang Juyeon pula, dia sudah lama tahu Ili sukakannya. Tapi dia juga terpaksa menafikan perasaan itu. Dia sebenarnya terikat dalam dilema, mahu meneruskan hidup tanpa memandang masa silam ataupun membuka kembali sejarah lama untuk mencari kebenaran?
Sejak hari pertama keluarganya terlibat konflik yang tak disangka-sangka, Juyeon sudah memasang nekad. Syaitan bertopengkan manusia itu mesti dibawa ke muka pengadilan! Syaitan itu punca hidupnya porak-peranda! Keluarganya berpecah-belah! Juyeon tak peduli apa pun halangan yang tiba, dia akan terus mengheret si dalang sebenar ke neraca pengadilan. Demi keluarga dan demi hidupnya yang nyaris-nyaris hancur satu masa dahulu.
Cuma...
Setiap kali dia lihat Ili dibelenggu ketakutan akibat dikejar oleh satu figura misteri, Juyeon tak sampai hati untuk tinggalkan Ili. Gadis itu juga sedang mengalami masa sukar, kesihatan mentalnya kurang stabil dan hampir setiap detik dia dihurung bimbang.
Lee Juyeon buntu. Antara berjuang untuk mencari kebenaran yang pastinya menyakitkan, ataupun terus setia melindungi Iklil Munirah, si mahkota yang berjaya merampas takhta hatinya.
"You're my best friend, my human diary and my other half. I love you, my crown."
She fall first, he fall harders.
Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya.
Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini?
He fall first, he fall harders!
"Kitorang perkenalkan Annabella Mahreen student law terbaik dalam department kitorang."
"Annabella Mahreen."
"Tengku Dafrim Dameen."
Di situ titik perkenalan antara Annabella Mahreen dengan Tengku Dafrim yang membuat hati sang jejaka yang di kenali sangat terkenal di kalangan wanita bangsawan.
Perkenalan mereka berawal di negara Eropah yang penuh dengan dunia yang bebas. Tetapi tidak pada mereka.
Mereka di gelar pasangan serasi terhangat di serata university mereka dengan percapaian. Dan latar belakang mereka.
"Kenapa awak nak berkenalan dengan saya secara dalam?" - Annabella Mahreen
"Sebab saya nak." - Tengku Dafrim Dameen
"Saya ni hanya gadis biasa." - Annabella Mahreen
"Tapi saya tetap nak berkenalan dengan awak." - Tengku Dafrim Mahreen
Switzerland menjadi saksinya hubungan mereka berkembang hari demi hari sehinggalah mereka bergelar pasangan bercinta.
Namun semuanya mulai berubah apabila tiba-tiba Tengku Dafrim menghilangkan diri di pertengahan masa mereka akan menempuhi tahun akhir di universiti mereka bersama
2 tahun kemudian....
"Della perkenalkan Tengku Dafrim Dameen. Bakal suami Della." - Aydella Melrosse