Bunga Aurellia
  • Reads 1,261
  • Votes 106
  • Parts 7
  • Reads 1,261
  • Votes 106
  • Parts 7
Ongoing, First published Sep 18
Crush, sahabat dan keluarga.


Bunga lahir dari keluarga kecil yang bahagia, awalnya. Kehadiran Zara menjadi sahabat yang paling Bunga sayang. Namun angkara Adeeba, Bunga terpaksa memegang luka dalam perjalanan menuju alam dewasa.

"Jangan salahkan Mama saya. Za.. Zara yang salah."  - Bunga Aurellia

"Zara tu jahat. Perempuan jahat dan tak dengar kata macam Zara memang patut dipukul." - Bunga Aurellia

Lelaki yang Bunga jadikan crush dalam diam muncul sebagai hero untuk melindungi Zara dari Bunga dan keluarganya.

"Zara boleh bantu. Tapi Ghib kena ada disisi Zara setiap kali Zara jumpa mereka. Ghib akan lindungi Zara. Sehujung kuku pun Ghib tak kan biarkan mereka sakiti perempuan yang Ghib cinta." - Megat Ghibran Kaydar

Namun meningkat dewasa pertemuan demi pertemuan memaksa Bunga menahan setiap hinaan yang dilemparkan Ghibran.

"Balik Zara. Kehadiran Zara dekat sini tak dialu-alukan oleh mereka. Zara tak payah baik hati nak tolong keluarga jahat ni lagi. Ghib tak benarkan!" - Megat Ghibran Kaydar

Ketamakan Adeeba membuat Bunga makin dihina. Ketenangan hidupnya direnggut. Kesusahan hidupnya dijadikan candaan. Ghibran masih menyimpan benci padanya. Sebagai pelindung Zara, Ghibran tak biarkan Bunga hidup tenang.
All Rights Reserved
Sign up to add Bunga Aurellia to your library and receive updates
or
#33hurt
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 9
Let It Rain (Complete) cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
KERANAMU [2]√ cover
3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔ cover
[C] Bukan Bidadari Nufail cover
Amor Mio (OG) cover
(✔) Bella Qlarisa  cover
Pinjaman Cinta ✔  cover
Flower Path (Bakal Terbit) cover

Let It Rain (Complete)

52 parts Complete

~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."