Emysha Adeline, pelajar di Fakulti Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Niatnya menyambung pengajian bukan untuk mencari pasangan. Niatnya hanya satu, menebus kesalahan yang pernah dilakukan olehnya kerana pernah terkandas dalam pengajian ketika dia mengambil diploma dahulu, menyebabkan kedua orang tuanya menanggung malu, dicerca adik-beradik yang lain. Hal inilah yang membuat Emysha nekad, walaupun hanya Pengajian Jarak Jauh, dia perlu menghabiskan pengajiannya dan perlu mendapatkan sijil Ijazah Sarjana Muda. Disinilah titik pertemuan antara Emysha dan Ariff Alfian. Bermula hanyalah sebagai rakan sekelas yang sebelum ini masing-masing tidak sedar akan kewujudan satu sama lain, bertukar menjadi kenalan yang banyak membantu dan dalam diam, perasaan Ariff mula berubah. Dia mahukan Emysha lebih dari sekadar seorang rakan sekelas. Manakala, keakraban Emysha dan Ariff menimbulkan persoalan kepada salah satu rakan Emysha yang sedikit berusia, Zaihara. "Emy dengan Ariff tu ada apa-apa ka?" "Kami kawan je, Kak Zai. Tak lebih pun. Lagipun Emy nak fokus dengan pelajaran ni. Assignment pun serabut lagi." "Tapi Kak Zai nampak, Ariff tu macam nak kat hang." Kata-kata Zaihara buat Emysha tersedar akan layanan Ariff dan mula bertanya tentang status hubungan mereka. "Saya sebenarnya suka kat awak. Dah banyak kali saya hint, tapi awak je yang stonecold." Berkali-kali Emysha berfikir tentang hal ini. Tipu kalau hatinya tak terusik bila Ariff sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menyampaikan sendiri hadiah ulangtahunnya malah ada saja masa untuk Ariff luangkan setiap kali Emysha bersedih. Namun, segalanya kelam bila satu hal yang sangat dibenci oleh Emysha berlaku. Kebenaran yang Ariff sembunyikan dari Emysha. Kebenaran yang sangat sukar untuk Emysha percaya. Dapatkah Ariff menerangkan dan memujuk Emysha untuk mengharungi kebenaran tersebut? Bagaimana reaksi Zaihara bila Emysha menceritakan perkara yang sebenar? Nantikan semuanya dalam Cinta Salah Waktu.All Rights Reserved
1 part