Cerita bermula ketika Qalid Syafi dengan tidak sengaja memasuki kawasan larangan serta melanggar peraturan Kolej berasrama yang telah berabad ditetapkan. Kerana sikap ingin tahu yang menebal, dia dengan tidak sengaja melepasi gerbang dan telah terbawa ke dimensi berbeza daripada dunia sebenarnya. Di sana dia ditakdirkan berjumpa dengan seorang gadis asal petempatan tersebut bernama Liora Ezadrea. Gadis manis itu walaupun mulanya sangat terkejut dengan kehadiran Qalid Syafi namun oleh kerana empati, dia berusaha membantu pemuda tersebut untuk keluar dari dunianya. Namun bukan mudah, kerana gerbang hanya akan dibuka semula di beberapa lokasi berbeza dan hanya pada waktu yang terhad. Pengembaraan Qalid Syafi dalam mencari jalan pulang juga bukanlah mudah seperti yang disangka, di setiap perjalanan terdapat rintangan tersendiri yang sedikit sebanyak mengajar dia erti menghargai hidup dengan lebih bermakna, namun dalam tak sedar kehadiran dia di sana lebih dihargai lagi pada Liora Ezadrea Dan Kiiara. Siapa Kiiara yang sebenarnya? Mengapa, kenapa dan bagaimana Gerbang Kiiara dengan mudah boleh dicerobohi oleh pemuda ini? Ikuti pengembaraan Qalid Syafi yang mana pastinya akan membuatkan anda terasa debaran, suasana, serta emosi yang dihadapinya itu.