Qaisarah, seorang jururawat yang hidup dalam bayangan keluarga tirinya, menjalani kehidupan yang penuh dengan penghinaan dan penindasan. Di sebalik senyumannya yang lembut, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Namun, ketika dia bertemu Zafran, seorang doktor bedah yang penuh karisma, hidupnya mula berubah. Zafran adalah lelaki yang sempurna-tenang, penyayang, dan sentiasa ada saat Qaisarah memerlukannya. Tapi di sebalik kelembutannya, ada sesuatu yang gelap dan mengikat.
Tatkala hubungan mereka semakin akrab, Qaisarah mula merasakan bahawa kasih sayang Zafran bukan sekadar cinta biasa. Ia lebih dari itu ia adalah obsesi. Dia berada di mana-mana, sentiasa melindungi Qaisarah, dan sanggup melakukan apa saja demi memastikan dia selamat. Setiap kali ada ancaman, ia lenyap. Setiap kali Qaisarah merasa takut, Zafran muncul. Tetapi ada sesuatu yang tak kena seolah-olah ada bayang-bayang yang terus menghantui mereka berdua.
Namun, rahsia yang lebih gelap tersembunyi di dalam diri Qaisarah sendiri. Sisi dirinya yang dia tidak pernah sedari mula muncul perlahan-lahan, menjadikan setiap langkah dalam hidupnya lebih samar dan membingungkan. Di tengah-tengah kegelapan itu, Zafran tetap setia di sisinya, namun semakin sukar bagi Qaisarah untuk membezakan antara pelindung dan pengawas, antara cinta sejati dan permainan minda yang menakutkan.
Semakin jauh mereka terjerat dalam satu sama lain, keluarga tiri Qaisarah menjadi penghalang terakhir yang berdiri di antara mereka. Tetapi Qaisarah tidak tahu sejauh mana Zafran akan pergi untuk memastikan tiada sesiapa lagi yang menghalang dan dia juga tidak sedar bahawa dirinya sendiri mungkin jauh lebih terlibat dalam bayang-bayang itu daripada yang dia sangkakan.
Semakin dalam, semakin jauh terjerumus ke dalam permainan yang tiada jalan keluar. Di penghujungnya, hanya satu perkara yang pasti tiada siapa yang boleh melarikan diri dari bayang-bayang silhuet mereka sendiri.
Agency Series (3)
Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena.
"You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin
Rancangan diatur dengan teliti. Helena mahu Eden rasa peritnya ditinggalkan tanpa sebarang alasan. Tambahan pula, dia sakit hati melihat Eden bahagia bersama sepupunya. Sedangkan dia?
"It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena
"It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 12 tahun." - Eden Zahrin
Pelan yang disangka begitu sempurna, mula berantakan. Hidup Helena yang selama ini seperti seorang puteri, bertukar 180 darjah.
"Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena
"Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin
Highest rankings:
#1 novelmelayu
#1 fiksyen
#1 agency
#1 drama
#1 misteri
#1 dendam
#1 revenge
#1 romance
#1 kahwin
#1 mystery