TAWANAN YANG DISEKSA (Complete)

TAWANAN YANG DISEKSA (Complete)

  • WpView
    Reads 1,310
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 28
WpMetadataReadMatureComplete Thu, Feb 6, 2025
WpInfo
Fiction
Action and Thriller
War and Military
Survival
Psychological
Kisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklumat berkenaan senjata rahsia yang sedang dibina oleh kerajaan Malaysia. Qarizh diseksa oleh Koishi dan Akashi. Namun Koishi ada sebab lain mengapa dia mahukan Qarizh. Setelah mendapati bahawa Qarizh merupakan anak kepada wanita yang pernah dia kahwini dulu, dia dapat merasakan bahawa Qarizh juga merupakan anaknya. Koishi melakukan ujian DNA untuk memastikan bahawa tekaannya benar. Setelah mendapat tahu bahawa Qarizh ialah anaknya, sifat Koishi terus berubah. Akashi menjadi lebih ganas, dia menyeksa Qarizh tanpa pengetahuan Koishi. Darah Qarizh dijadikan sebahagian daripada bahan eksperimen Akashi. Akashi mengugut Koishi sekiranya dia membantah arahannya, Qarizh yang akan menerima akibatnya. Qarizh juga diseksa dengan kejam oleh Akashi sehingga Qarizh sudah tidak bermaya. Koishi risau dengan keadaan Qarizh namun Akashi susah untuk dihentikan. Akashi telah mengugut Koishi untuk kali kedua, yang menyebabkan Koishi terpaksa menelefon abangnya Kaishi yang bertugas di Kelantan. Kaishi tiba di pangkalan tersebut dan membantu Akashi setiap kali Akashi ingin menyeksa Qarizh. Koishi tidak dapat membantu Qarizh kerana dia juga ada kalanya diseksa oleh Kaishi sendiri. Koishi ditangkap lalu diheret ke pejabat Akashi dan dikurung di sana begitu juga dengan Qarizh. Qarizh dirantai manakala Koishi diseksa. Beberapa hari selepas itu, Eksperimen Killer Blood dijalankan terhadap Qarizh oleh Akashi. Pada hari yang sama, Tentera Malaysia telah menyerbu pangkalan tentera Jepun. Adakah Qarizh mampu bertahan daripada seksaan yang diberikan kepadanya atau sebaliknya?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • CYPHER [BAKAL TERBIT]
  • PEWARIS 2!
  • Hanya Yang Kedua
  • Milik Tuan Qarizh (On-Going)
  • Kekasih Hatiku ENCIK BOSS
  • 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐂
  • Srikandi vs Arjuna [PUBLISHED]

QARIZH ARRAZI, seorang pilot fighter mengalami trauma apabila misi yang diketuainya dua tahun yang lepas telah mengorbankan nyawa-nyawa pasukannya. Dek kejadian jet pejuang diserang hendap oleh musuh, Qarizh perlu memikul perasaan bersalah sehingga menyebabkan dia membawa diri dari Air Force Organization. IMAN AIRISH, seorang gadis malang yang melalui kesepian hidup apabila bapa kandungnya mengetepikan dirinya setelah menikahi wanita lain beberapa minggu selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Airish yang tidak dapat menerima layanan buruk dari bapanya sering memberontak sehingga dirinya dihalau keluar dari rumah oleh bapanya sendiri. "Saya Airish. Panggil Rish." - IMAN AIRISH "Saya Qarizh, panggil Rizh." - QARIZH ARRAZI Pertemuan singkat yang tidak disengajakan telah menjadikan mereka rapat sehingga ada yang menggelarkan mereka seperti belangkas. Di mana ada Airish, di situ ada Qarizh. Di mana ada Qarizh, di situ ada Airish. "Semoga perkenalan kita berpanjangan sampai bila- bila." - IMAN AIRISH "Insha-Allah... kalau ada jodoh kita jumpa lagi. " - QARIZH ARRAZI Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. Start date: 24th March 2024 End date: Will be update ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED

More details
WpActionLinkContent Guidelines