17 Partes Continúa "Aku juga pendosa, tiada manusia yang tidak ada membuat dosa. Kadangkala, dosa itu terjadi tanpa sengaja atau disengajakan."
Cinta Madinah adalah seorang budak yang baru sahaja memasuki alam remaja. Madinah, atau lebih dikenali sebagai Dindin dalam kalangan keluarganya, adalah seorang yang suka menyendiri. Cinta juga berfikir bahawa perasaan suka adalah musibah bagi semua orang. Namun, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku.
Suatu hari, perasaan yang tidak diketahui datang secara tiba-tiba, dan perasaan itu semakin hari semakin besar. Cinta mula mencari cara untuk membuang perasaan itu yang semakin membesar. Cinta bingung kenapa perasaan itu begitu kuat, sedangkan dirinya tidak tahu apakah ini benar-benar perasaan suka atau hanya sekadar kagum.
Cinta mendapat satu idea iaitu mula menulis cerita di sebuah aplikasi yang hanya orang tertentu sahaja boleh membaca apa yang ditulisnya. Semakin hari, kebiasaan itu berlanjutan, dan perasaan itu terus mengganggu dirinya, hingga memasuki tahun kedua sekolah, bermakna perasaan itu telah bertahan selama setahun.
"Bahkan aku hanya diam tanpa mahu meluahkan kerana aku tahu, kita satu agama dan dalam agama kita, tidak dibenarkan berhubung antara bukan mahram."
𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 𝙎𝙀𝘽𝙀𝙇𝙐𝙈 𝘽𝘼𝘾𝘼!^_^.
𝙎𝗲𝗱𝗶𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿!. 𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙪𝙠𝙖? 𝙨𝙠𝙞𝙥.
(𝘿𝙞𝙡𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙘𝙤𝙥𝙮 𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡 𝙠𝙖𝙧𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙪!. 𝙈𝙞𝙣𝙞𝙢𝙖𝙡 𝙥𝙞𝙠𝙞𝙧 𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙤𝙩𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙣?)
.............
Start: 23 October 2024
Finish:
.............
Originals Written By Miss_nana14