"Layak ke gelaran ayah tu untuk ayah?" Kerana ayahnya, Atiya mula membenci semua lelaki. Bagi dia, semua lelaki sama. Awal-awal berayat manis, kemudian akhirnya menyakiti. Menganggap sekiranya dia dilayan dengan penuh kasih sayang, maka semuanya akan baik-baik saja. Keadaan yang tiba-tiba berubah membuatkan Atiya termangu dengan sekelilingnya. Tiada raut wajah yang dia kenali, tempat yang asing. Dia di mana? "Awak cari siapa ya?" - Huzair "Awak boleh nampak saya?" - Atiya Farhana Huzair. Lelaki itu banyak membantunya. Walaupun sentiasa menyuruhnya membuat pelbagai kerja tetapi Atiya berasa selamat untuk berada dekat dengan lelaki itu. Dia ada sesuatu yang buat Atiya rasa selesa dan terus mahu berada di situ. Namun Atiya sedar, dia di situ bukan sekadar untuk pengalaman. Itu peluangnya untuk mengubah takdir yang sedia ada dan dia akan gunakan peluang itu dengan sebaiknya. Persoalannya, mampukah dia? "Kita cuba. Kalau tak jadi... saya pulang." Mampukah Atiya mengubah segalanya semula? Dan jika mampu, bagaimana pula dengan dirinya? Adakah dia akan terus berada di sana atau dia bakal meninggalkan segalanya?All Rights Reserved
1 part