"Mr Hazel." Itulah gelaran yang diberikan oleh Qaisya Emylin kepada Zayd Dhanish, lelaki yang telah mencuri hatinya sejak zaman sekolah menengah. Namun, Zayd hanya memandang seorang gadis lain, Bella Nur Eva. Mereka akhirnya berkahwin, tetapi ikatan itu terputus apabila Bella meninggal dunia secara tragis, meninggalkan luka yang mendalam pada Zayd. Dia berjanji untuk tidak membuka hatinya lagi kepada sesiapa pun. Tetapi, mampukah Qaisya, yang setia menunggu selama ini, menawan kembali hati Zayd? Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan, atau hanya dengan kesedihan yang abadi?
"Zayd rasa... Zayd tak layak untuk sesiapa, Qaisya. Lepas apa yang berlaku pada Bella, macam tak ada lagi ruang untuk sesiapa dalam hidup Zayd. Hati ni dah mati, dan entah kenapa, Zayd rasa kalau Zayd cuba bagi peluang kedua... itu hanya akan mengkhianati ingatan pada dia." - Zayd Dhanish
"Kenapa susah sangat aku nak buang perasaan ini pada dia, Qayla? Dah bertahun-tahun aku cuba... tapi bayang dia tetap ada dalam hati aku. Aku benci, aku benci perasaan yang ditanam ini. Setiap kali aku lihat dia, rasa itu datang semula, seolah-olah tak pernah pergi." - Qaisya Emylin
Sampai bila Zayd akan membiarkan dirinya terkunci dalam masa lalu? Dan sanggupkah Qaisya terus menunggu seseorang yang mungkin takkan pernah berpaling padanya? Apakah mereka akan menemui jalan kebahagiaan atau terus terperangkap dalam kesedihan yang menghantui?
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees.
Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup.
Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya.
Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai.