Takdir Yang Menemukan

Takdir Yang Menemukan

  • WpView
    LECTURES 0
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Chapitres 1
WpMetadataReadEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication sam., févr. 21, 2026
Mia Az Zahra pernah hidup dalam cahaya. Dididik dengan agama, dibesarkan dengan kasih sayang. Namun selepas kehilangan kedua-dua orang tuanya, dunia yang dulu terang perlahan-lahan menjadi gelap. Dalam rapuh, dia tersesat. Dalam sepi, dia mencari arah pulang. Tujuh tahun lalu, seorang lelaki pernah melihatnya menangis di bawah hujan. Tanpa nama. Tanpa bicara. Hanya satu pertemuan singkat yang tak bermakna-atau mungkin terlalu bermakna. Leonard Lee Zhen Kai. Lelaki yang dibesarkan dalam dunia penuh dosa dan kekerasan. Hidupnya dipenuhi wanita, rokok dan malam-malam yang kosong. Dia tidak percaya pada cinta. Apatah lagi takdir. Namun bayangan seorang gadis di lorong gelap tak pernah benar-benar hilang dari ingatannya. Takdir mempertemukan mereka semula. Bukan dengan cara yang indah. Bukan dengan kerelaan hati. Di saat Mia sedang bersiap melangkah ke kehidupan baru bersama lelaki lain, namanya tertulis bersama Leon dalam satu ikatan yang tidak pernah dia pinta. Kecewa. Marah. Redha. Antara dosa dan taubat, antara luka dan pengampunan- adakah perkahwinan tanpa cinta mampu melahirkan keimanan? Dan jika benar takdir itu milik-Nya... siapa kita untuk menolak jalan yang telah diatur?
Tous Droits Réservés
#24
mualaf
WpChevronRight
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • Permission to Fall, Prof!
  • H A R I S   Z U F R A N  (RAW)
  • LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART
  • Forever Isn't What We Promised
  • Se. Ru. Mah
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | OG
  • My Grumpy Jealous Husband
  • Dalam Luka Ada Kamu
  • [OG] Cinta Terakhir

Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives de Contenu