~ HIKAYAT DAENG ANDIKA ~
Di tepi pantai yang sunyi, Daeng Andika bertemu Tengku Mariam-wanita pertama yang mengetuk pintu hatinya. Cinta mereka bersemi meski dunia di sekeliling mereka sedang bergolak. Namun, takdir punya rencana yang lebih gelap.
Selepas perkahwinan yang singkat, Tengku Mariam dibunuh, meninggalkan Daeng Andika di persimpangan antara dendam dan reda. Hatinya berperang-antara keinginan menuntut keadilan dan menerima takdir Tuhan. Dalam derita kehilangan, Daeng Andika memutuskan untuk menghapus segala jejak darjat dan warisan bangsawan, demi memastikan keturunannya terus hidup.
Tetapi, setiap pilihan ada bayaran. Masa lalu tidak pernah benar-benar terpadam, dan di balik setiap langkah, rahsia dan kesedihan mengintai. Adakah Daeng Andika mampu menutup luka yang tidak berdarah, atau akankah bayang-bayang cinta dan pengkhianatan menghantui hidupnya selamanya?
Bismillahirrahmanirrahim
Menghimpunkan beberapa kata nasihat dari Sahabat Rasulullah s.a.w juga Khalifah Kedua dalam pemerintahan Islam, Khalifah Umar al-Khattab yang digelar al-Faruq yakni pemisah antara yang haq dan yang bathil.