Seamin Tidak Seiman

Seamin Tidak Seiman

  • WpView
    Reads 18
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 9
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jul 1, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Workplace
Slow Burn
Tragedy
Farhana Aulia, seorang wanita Muslim yang ceria namun menyimpan luka dalam diam, mula jatuh hati pada Addam Danial Lee iaitu ketua pejabatnya yang dingin, reserved tetapi sentiasa hadir saat dia memerlukan seseorang. Di sebalik sifatnya yang sukar dibaca, Addam perlahan-lahan menjadi lelaki yang menjaga Farhana dengan cara paling lembut, termasuk sentiasa mengingatkannya tentang solat, sehingga Farhana percaya dialah lelaki yang selama ini dihantar Tuhan untuknya. Namun, cinta mereka diuji dengan satu hakikat yang memusnahkan segalanya apabila Addam bukan seorang Muslim, tetapi penganut Kristian. Saat Farhana terpaksa memilih antara cinta dan iman, takdir pula membawa ujian yang lebih kejam apabila satu rahsia tentang kesihatannya mula meragut masa yang tinggal. Dalam perlumbaan melawan waktu, kedua-duanya terpaksa berdepan persoalan paling menyakitkan, adakah cinta sahaja cukup, jika akhirnya mereka berdiri di atas jalan kepercayaan yang berbeza? Atau mungkin... cinta itu sendiri sebenarnya jalan yang membawa seseorang kembali kepada Tuhan.
All Rights Reserved
#76
islamic
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • HELLO QASWAR
  • Racing King
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines