Tengku Aryash Mikael telah selamat berkahwin dengan Ayla Naura. Perkahwinan mereka berlaku secara kecil-kecilan sahaja atas permintaan Ayla. Sepanjang perkahwinan mereka, Tengku Aryash tidak menjangka kehidupannya yang penuh dengan stress akan penuh dengan gelak ketawa kerana hadirnya sang isteri yang menunjukkan banyak karenah yang sentiasa membuatnya ketawa setiap kali pulang dari kerja. Hal itu juga menyebabkan Tengku Aryash suka mengusik Ayla dan Ayla dengan naifnya percaya dengan kata-kata Tengku Aryash. Tidak pernah satu hari pun Tengku Aryash tidak mengusik Ayla. Kadang-kala dia akan mengusik Ayla dengan menutup lampu ruang tamu dan itu sudah cukup membuatkan Ayla menjerit memanggil namanya. Sepanjang perkahwinan mereka, tidak pernah sekali mereka bergaduh. Jika ada pun, perkara yang digaduhkan adalah perkara yang sama iaitu Tengku Aryash mencuri makan biskut coklat milik Ayla. Buku ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa kehidupan mereka berdua dipenuhi dengan gelak ketawa, terima kasih kepada Ayla Naura yang termakan dengan usikan suaminya. Start:28/9/2024 End:-All Rights Reserved
1 part