Di sebalik kekayaan dan kuasa negara Elaria, adanya keluarga Maven yang menguasai ekonomi dan menjadi tunjang kemakmuran wilayah di ibu kota negara Elaria iaitu Dalerin. Namun, pewaris sulung keluarga Maven, Serania Maven dipaksa mengambil alih empayar keluarga selepas kematian mengejut bapanya pada usia 12 tahun. Dengan kebijaksanaannya, dia berjaya mengembangkan empayar tersebut tetapi statusnya terus dipersoalkan oleh penyokong lama keluarga yang enggan menerima "budak mentah" sebagai sekutu mereka.
Untuk membuktikan dirinya, Serania membuat keputusan berani- memunculkan diri setelah sekian lama menghilang dari mata dunia dengan memasuki sekolah elit di Elaria, bukan hanya untuk mendapat pendidikan formal tetapi untuk mendapatkan pengiktirafan yang diperuntukkan.
Kehidupan di sekolah tidak semudah yang disangka. Kallias Rune, pewaris keluarga Rune yang menguasai pertahanan Elaria, muncul sebagai cabaran baru. Bukan sekadar pesaing, Kallias juga mewakili keluarga yang secara terang-terangan menentang kedudukan Serania.
Ketika ancaman terhadap kedudukannya semakin memuncak, dengan pengkhianatan dalam dan luar, Serania harus memilih-adakah dia akan bertahan sebagai pewaris yang telah ditakdirkan, atau mengalah kepada dunia yang sentiasa mempertikaikan kedudukannya?
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, dia dibuang sekolah kerana terpalit dengan satu masalah.
Tiga tahun berlalu, rentak hidupnya mula berubah apabila mamanya berkahwin dengan seorang duda anak satu. Memulakan hidupnya sebagai pelajar di sebuah kolej elite, ternyata tidaklah sesulit yang dia sangka meski ada yang tidak menyukai kehadirannya.
"Kau bawa bala dalam hidup aku yang sedia hancur ni, Delilah." - Diaz Raiden a.k.a abang tiri.
"Blame your bad luck, brother!" - Delilah Lavelle.
Api lawan api. Pantang bersua muka, pasti tercetus pertengkaran antara mereka berdua. Tapi kenapa dia rasa semua itu menyeronokkan?
"Such a weird name, with a weird personality." - Qash Hayyan si muka stone.
Gayanya dingin dengan muka tak berperasaan, namun tingkahnya yang manis buat Delilah keliru.
Saat hubungan antara orang-orang sekelilingnya mula terbina, muncul angin badai yang menggoncang semula hidupnya. Masa lampau kembali menghantui sehingga dia rasa tak mampu untuk menghadapi realiti dunia.
"Sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya. Walau awak berada di titik terendah sekalipun." - Myra.
Delilah akui perjalanan hidupnya tidak mudah. Tapi insan-insan yang berada di sekelilingnya membuat perjalanan itu indah walaupun berliku-liku.
Idea cerita hak milik @dandelzel