Luthfia Dhelya, anak ketiga dalam keluarga Dato Hilman, duduk di beranda rumah agam mereka, matanya memandang jauh ke taman yang dihiasi bunga-bunga mawar. Dengan kulit sawo matang yang memancarkan keanggunan, Dhelya sering dilihat sebagai simbol kemewahan dan kelembutan oleh orang sekeliling. Kehidupan mewahnya tampak sempurna, namun hatinya selalu cenderung kepada hal yang lebih bermakna-kasih sayang terhadap kanak-kanak.
Sebagai bukti cintanya kepada kanak-kanak, Dhelya telah membina tiga buah rumah anak yatim dengan usaha dan sumber kewangannya sendiri. Bagi Dhelya, setiap kanak-kanak adalah amanah yang perlu dijaga, dan rumah anak yatim tersebut adalah tempat selamat bagi mereka yang memerlukan perlindungan.
Namun, apa yang Dhelya tidak tahu adalah rahsia gelap yang disembunyikan oleh bapanya dan adik-beradik lain. Dato Hilman, lelaki yang dia sayangi dan percayai, sebenarnya adalah ketua sindiket mafia yang terlibat dalam penjualan organ kanak-kanak. Rahsia ini hanya diketahui oleh adik-beradik kandung dan tiri Dhelya, tetapi tidak seorang pun berani memberi tahu.
Dato Hilman sentiasa memastikan agar kanak-kanak yang diculik tidak berasal dari mana-mana rumah anak yatim yang dibina Dhelya. Dengan cara itu, dia dapat melindungi rahsianya daripada diketahui oleh Dhelya, sambil meneruskan kegiatan haramnya tanpa halangan. Namun, dia tahu rahsia itu tidak akan kekal selamanya, dan apabila ia terbongkar, segalanya akan berubah
Tengku Dayyan Darren berdiri tegak di pejabat besar bapanya, Dato Rahim, memandang keluar dari tingkap besar yang menampakkan pemandangan kota. Wajahnya yang kacak, rambutnya yang tersisir rapi, dan posturnya yang gagah sering kali menjadi perhatian ramai wanita. Namun, Darren tidak pernah mempedulikan semua itu. Prinsipnya hanya satu-kerja keras dan memajukan syarikat bapanya, yang kini mempunyai cawangan di luar negara. Baginya, dunia cinta bukanlah sesuatu yang penting.
Semuanya berubah apabila Darren bertemu dengan Luthfia Dhelya.
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees.
Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup.
Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya.
Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai.