'Jika berjuta aksara disusun, maka dua jiwa terangkai satu.'
"Ya! Kau salah baca tadi. Macam mana boleh menang hah? Kau bayar hakim tu ke?"-Haikal Syaziq.
Teguran Haikal awal muka bicara dalam kisah mereka.
"Fitnah..."-Nara Arya.
Setelah beberapa tahun setelah kejadian itu, mereka dibawa takdir, dan dipertemukan kembali...
"Kau ni, jangan lah sakat budak-budak tu."-Nara Arya.
"Habis? Kau nak aku sakat kau?"-Haikal Syaziq.
Namun perasaan yang menjentik hati, datang tanpa diundang. Dirasai di waktu yang salah.
"Aduh gila lah Nara ni... Cakap sikit dah gelak. Dengan aku aku sekali tergelak. Bahang muka aku. Kalau macam ni lama-lama, pecah serentak jerawat aku."-Haikal Syaziq.
"Aish, pandang-pandang. Cucuk karang biji mata tu."-Nara Arya.
Kedua-duanya dihalang ujian. Ingin melawan takdir, inilah ketetapan. Mahu melawan restu, derhaka tak mahu.
"Maybe, we are meant to be together, but sayang sekarang bukan masanya... Sayang, you know the best is yet to come, will you wait for me? For us? Bila takdir bawa kita jumpa sekali lagi, I promise you, you'll meet the best version of me."-Haikal Syaziq.
'Jiwa terangkai kembali terlerai, aksara yang disusun kembali terburai.'
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah
"Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann.
Demi kebaikan Anggun, Riffat buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Hati tidak rela tetapi situasi memaksa Riffat menolak cintanya ke tepi.
Seperti janji Anggun, wanita ini terus menanti sambil selesaikan pelajarannya di negara British. Namun, semakin lama Anggun menunggu, semakin jauh jaraknya bersama Riffat.
"Riffat tu dah tak mahu pada kau. Biar aku kenalkan kau dengan sepupu aku, sepupu aku Raja Muda Melaka" - Tengku Sephia Adalyn.
Perjodohan ringkas yang pertemukan Tengku Armada bersama Anggun sedikit sebanyak mengubat kerinduan Anggun terhadap Riffat. Seperti keinginan wanita lain, Tengku Armada lantas memberi kepastian hendak bersama Anggun, membawa Anggun jelajahi kehidupan beraja bersama Tengku Armada.
"Ini bodyguard peribadi Che Puan Anggun, namanya Sarjan Mejar Riffat Rizqullah" - Penasihat Istana.
Pertemuan semula antara Riffat dan Anggun mewujudkan beribu sesalan dalam jiwa Riffat. Perlahan-lahan, rahsia lima tahun lepas terlerai. Saat itu, Anggun di serang delima. Suaminya ada di sebelah sementara jejaka yang pernah dicintai Anggun berada di hadapan mata.
Dapatkah Anggun dan Riffat terus bersikap profesional? Apa rahsia yang Riffat simpan selama lima tahun ini? Bagaimana pula dengan hubungan Anggun bersama anak Raja itu? Dapatkah Tengku Armada terima bahawa isterinya suatu tika dahulu pernah dambakan pengawal peribadi sendiri?