"Mungkin jodoh kita sampai sini saja." "Saya percaya Zarith adalah yang terbaik walaupun dia adalah yang paling teruk." "Janji kita sampai disini saja." Betul kata orang, seorang itu lebih baik. Kadang kala pilihan sendiri yang memusnahkan impian kita. Untuk tebus kesalahan, Andra yang menjaga keluarga Zaki iaitu sahabatnya. Husnah bersetuju untuk menyatukan Aeysha dan Andra, kerana dia yakin bahwa Andra boleh menjaganya. Awalnya semanis madu, tiada yang ganggu. Berakhir dengan kopi tanpa gula. Kepahitan yang Andra rasa amat menyakitkan sehingga menusuk kalbu. "Saya nak cerai." Ujar Aeysha. "Sebab mamat tak guna tu kan?" Aeysha tergamam. "Nama dia Zarith bukan mamat tak guna! Andra! Kalau awak tak tahu apa-apa tak payah belagak hero!" Marah Aeysha. "Saya ni suami awak Aeysha! Suami sah awak!" Tegas Andra. "Secara jujurnya, saya tak pernah bersetuju untuk jadi isteri awak Andra. Saya buat kerana mak. Kalau hati, saya masih perlukan Zarith.." Satu patah perkataan pun Andra tak berani untuk berbicara. Hatinya begitu sakit.