"Ketika sebuah pedih telah mencapai cakrawala.
Kepedihan telah menjadi indah, bersama senja.
Secercah rona, telah di dominasi oleh duka.
Dan juga, seluruh tawa telah terlukis bersama luka.
Dan akhirnya,
Aku disini, menggapai ruang hampa."
"Kamu membawa duniaku pergi, Adnan.
Aku berharap kamu menjadi purnama,
yang tetap ada meskipun dalam kegelapan.
Aku berharap kamu menjadi langit, yang menjadi tempatku berpijar.
Namun, kamu justru menjadi senja.
Kamu membersamaiku dalam setitik waktu-mu.
Kamu memberiku pemandangan terindah.
Dan setelahnya, kamu pergi.
Meninggalkan-ku, disini."
~Lakshita~
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan saja. Jika tidak, bonda tercintanya sendiri akan mencari calon isteri untuknya dan dia tidak inginkan itu! Keadaan begitu memaksa untuknya segera mencari sesiapa sahaja yang boleh dijadikan isteri kepadanya dan terus memuaskan hati bonda tercinta.
Satu kejadian kemalangan antara Haiyan Aniq dan seorang gadis bernama Aareen Eliya telah menimbulkan salah faham kepada bondanya yang beranggap dia bersama gadis itu adalah pasangan kekasih! Melihat betapa tertarik dan sukanya bonda tercinta kepada gadis itu, dengan terpaksa dia perlu mendapatkan gadis itu menjadi isterinya buat bonda tercinta.
Namun, tanpa Haiyan Aniq ketahui, Aareen Eliya mula jatuh hati terhadap lelaki itu sejak mereka mulai rapat selepas kejadian kemalangan tersebut. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, Aareen Eliya tetap menerima kerana dilihatnya cara Haiyan Aniq seperti ikhlas saja mahukan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Tanpa mengetahui sebab utama lelaki itu benar-benar mahukan dia sebagai isteri.
Akhirnya, mereka disatukan di dalam satu ikatan perkahwinan dengan kerelaan hati masing-masing. Semakin hari Aareen Eliya bergelar isteri kepada Haiyan Aniq, semakin dia tidak tahu apa tujuan sebenar lelaki itu mengahwininya. Layanan Haiyan Aniq terhadap dia selepas bergelar suami isteri sedikit berbeza dan dingin berbanding sebelum mereka bergelar suami isteri.
Ketika bahagia mula digapai Haiyan Aniq dan Aareen Eliya, satu kebenaran terbongkar dan begitu membuat Aareen Eliya kecewa dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang mula melanda.
Start : 7/8/2021
End : 24/9/2021