14 parts Ongoing Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Pembaca disarankan untuk tidak meniru aksi-aksi atau bahasa kasar yang terkandung di dalam buku ini.
Humairah,
Seorang remaja yang baru menamatkan zaman sekolah menengahnya. Dia ke Chini untuk menemui teman alam mayanya, Ana. Namun apabila sampai disana, baru diketahuinya bahawa Ana sudah hilang selama seminggu.
Nota dan catatan-catatan yang berselerakan di atas meja belajar Ana menjadi petunjuk untuknya menemukan Ana.
Dan pabila Ana sudah ditemuinya, dia sangka bahawa semuannya sudah berakhir. Ternyata dia salah.
Penemuan Ana mungkin adalah pengakhiran bagi penderitaan Ana.
Namun untuknya, ia hanyalah titik permulaan untuk penderitaannya.
Dan pada akhirnya, ternyata mimpi bukanlah untuk 'escape reality' seperti yang dikatakan orang, namun ianya adalah penyiksaan buat mereka yang terlalu berharap.