We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
 My Own Healer [OG]

My Own Healer [OG]

  • WpView
    Reads 103
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Oct 9, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Cinta seringkali datang tanpa diduga. Begitu juga dengan Dareen Eryna seorang wanita yang terperangkap dalam dunia yang penuh kegelisahan dan kepenatan kerana kesihatan mental yang membelenggunya. Setiap hari dia cuba bertahan untuk terus menghadapi dunia. Walaupun mempunyai seorang ibu dan kawan baik yang penyayang, Dareen sentiasa merasa sendirian dan kesedihan yang berpanjangan. Namun, kehidupan Dareen berubah apabila dipertemukan dengan seorang jejaka. Atau lebih tepat, musuh pertamanya. Lelaki ini muncul sebagai beban yang baharu dalam hidupnya. Haidan Isyhaq. Seorang chef yang berpendidikan tinggi dalam bidang kulinari dan dibesarkan oleh keluarga serba mewah serta didikan agama yang cukup. Setiap kali mereka bertemu pasti ada saja yang tak kena. Hinggalah suatu hari, mula wujud perasaan suka dan saling memahami antara mereka. Haidan Isyhaq mula menjadi sinar dalam kehidupan Dareen. Walau semua ini terlalu pantas untuknya, tapi Dareen tetap percaya bahawa takdir Allah adalah yang terbaik meski dalam keaadan sukar. Siapa sangka yang pada awalnya dianggap musuh itu, akhirnya berubah menjadi seorang jejaka yang paling dia takut untuk kehilangan?
All Rights Reserved
#597
sad
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dia.... Aydenku
  • Qashah : Dia Milik Aku
  • Terindah Pernah Ada
  • NAFAS CINTAKU YANG TERAKHIR
  • 𝐇𝐚𝐢𝐟𝐚 : 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞 | C
  • USTAZAH, BE MY WIFE?
  • Inara Amanda | C
  • Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
  • SILENT BETRAYAL  | C |
  • 𝑀𝑖𝑜 𝐶𝑎𝑟𝑜 | 𝑂𝑔

Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam novel cinta yang mana penulis berangan nak kahwin dengan orang kaya, tetapi, hajatnya tidak kesampaian. Namun, kenyataan itu berjaya dibidas apabila Neil Ayden Raeqal datang melamar Nureen Raisyha. "I nak, you kahwin dengan I". - Neil Ayden Raeqal Bukan, ini bukan kahwin paksa. Kahwin paksakah namanya jika seorang melamar, seorang lagi menerima, tetapi bukan atas dasar cinta? Memang Nureen Raisyha minat terlampau minat dekat anak korporat yang kaya-raya itu. Bukan kerana harta, tetapi lebih tertarik kepada aura yang lelaki itu bawa bersama. Tetapi, minat itu sekadar terhenti di situ. Begitu sukar dia untuk menerima lamaran lelaki itu kerana perasaannya hanyalah terbatas pada minat, bukan cinta. Namun, disebabkan desakan Neil Ayden Raeqal dan dibawa sekali ibu bapa lelaki itu dalam menjadikan dia milik seorang Neil Ayden Raeqal, akhirnya, Nureen Raisyha terpaksa menerima lamaran itu. "Apa sebenarnya sebab awak nak sangat kahwin dengan saya?" - Nureen Raisyha "Secret". - Neil Ayden Raeqal Neil Ayden Raeqal tidak pernah memberitahu sebab-musabab dia mengahwini gadis itu. Apabila disoal, dia memilih untuk berdiam. Sehinggalah suatu hari, Nureen Raisyha sendiri yang dapat tahu tentang motif lelaki itu mengahwininya. Benar-benar merentap separuh jiwanya kerana dia mulai sedar bahawa hari demi hari dia mulai mencintai suaminya itu. "Saya harap, saya adalah dia. Yang mencintai dan dicintai". - Nureen Raisyha Konflik semakin bertambah apabila seorang demi seorang insan dari masa lalu datang menemui pasangan itu sehingga mampu menggoyahkan rumahtangga yang hampir menemui titik kebahagiaan. Apakah kesudahan kisah ini? Akankah benar cinta suci Cinderella dan Putera Raja itu wujud di dunia nyata? Jika kahwin, memang ya. Jika cinta? Adakah mungkin semuanya hanya hidup di dunia fantasi sahaja? [COMPLETE]

More details
WpActionLinkContent Guidelines