Ritsuki Natsu, remaja yang kurang beruntung dalam segala aspek. Setiap hari dia berfikir apakah ada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupannya kini? Dia berfikir, akankah dunianya berakhir semasa aku terjun dari bangunan itu? Nahasnya, jiwaku terbang ke dunia yang tidak kukenali. Aku hampir gila untuk memahami Bahasa yang mereka ucapkan, tidak seperti yang biasa ku dengar. Mereka memandangiku dengan tatapan seakan aku adalah makhluk asing yang terbaring ditengah-tengah pasar. Helaan nafasku kian memberat, mencuba mencerna apa yang terjadi pada diriku. Dunia seakan tidak memberiku ruang untuk berfikir. Aku mencuba bangun dari tanah yang dipenuhi lumpur kotor itu dan melihat ke sekelilingku. "Huh...?" Hanya itu perkataan yang boleh keluar dari mulutku saat itu. Aku melihat seorang perempuan yang ku andaikan umurnya tidk jauh beza dariku. Dia kini duduk berhadapan denganku dan cuba melambaikan tangannya dihadapan mukaku. Wajahnya yang familiar... membuat badanku bergetar tidak tentu arah.