Airell. Seorang gadis yang berada jauh dari tanah air dan tempat kelahirannya. Dia menghilangkan diri sejenak kerana ingin mengubat luka di hati. "Awak? Awak buat apa ni? Awak sedar tak awak buat apa?" -AIRELL IRDINA "Airell? Sejak bila awak ada kat sini? Airell, ini bukan macam yang awak sangka!" -HAZIEQ ASYRAFF. Rasa sakit yang dirasai oleh Airell telah membuatkan hati Airell menjadi beku sepenuhnya. Dari gadis yang percaya akan cinta hinggalah ke gadis yang beku. Bukan dia tidak percaya akan cinta, namun segala rasa sakit yang mengubah pendirian dirinya terhadap persepsi cinta. Sudah lama Airell menjauhkan diri dari cinta, namun dengan takdir Allah, sesosok lelaki dihadirkan di dalam hidupnya. Siapalah kita untuk menolak kenyataan hati? "Oi Firdaus! Kau agak-agakla sikit, jalan kemain besar seluas lautan, aku jugak yang kau nak lantak." -AIRELL IRDINA. "Lah, dah kau jalan kat tengah-tengah lautan memang padanlah aku lantak kau." -FIRDAUS AFFAN. Namun, pada masa yang sama Airell diberi ujian. "Goodmorning, nak ikut saya main tak nanti? Hello, awak busy?" -ImZy. "Hati? Benarkah hati aku telah mencair?" -AIRELL IRDINA. "Bertahun-tahun aku menjarakkan diri dari cinta, inikah yang dikatakan cinta? Atau sayang? Atau hanya suka? Atau hanya sekadar kawan? Atau selesa?" -AIRELL IRDINA. Namun, bahagia kembali tenggelam di saat masa lalu Airell kembali tiba. "Airell aku nak kau. Aku tak boleh hidup takde kau Airell. Hidup aku merana. I need you Airell." -HAZIEQ ASYRAFF. Dapatkan cinta berputik? Kepada Firdaus atau Hazieq? Siapakah pilihan hati Airell? Atau adakah orang lain selain Firdaus dan Hazieq yang telah menjadi pemilik hati Airell?
1 part