Izzatul Amalisa, seorang doktor, dan Syabil Umair, seorang askar, bertemu di Gaza semasa menjalankan misi kemanusiaan. Mereka jatuh cinta dan berkahwin, tetapi kebahagiaan mereka terganggu apabila Syabil mengalami kemalangan dan jatuh koma. Izzatul, yang setia menunggu suaminya, terpaksa pergi membantu mangsa keganasan di Gaza. Setelah Syabil terbangun tetapi kehilangan ingatan, keluarganya merancang perkahwinan dengan Zalea Tania, pilihan mereka. Ketika saat pernikahan semakin dekat, Zalea terlibat dalam kemalangan tragis. Dalam usaha untuk mendapatkan kembali ingatan dan cinta Syabil, Izzatul berjuang melalui pelbagai cabaran dan konflik keluarga. Mampukah seorang wanita mengatasi pelbagai rintangan yang mengganggu rumah tangganya tanpa bantuan sesiapa?
25 parts