Seorang gadis yang kehidupannya sentiasa dengan buku di tangan. Dia juga berkeringinan untuk bercinta tapi dia tahu menjalinkan hubungan tanpa ada status itu adalah haram. Semakin dia cuba mengawal dirinya menjadi seorang wanita solehah, semakin banyak ujian yang menguji imannya. Contohnya seperti kawan-kawan sekeliling yang bercerita tentang hubungannya dengan seorang lelaki sehingga lah menimbulkan perasaan cemburu. Dia juga pernah ada hubungan dengan seorang lelaki pada umur 15 tahun namun hanya seminggu sahaja kerana dia rasa bersalah terhadapa dosa yang dilakukan. Sehingga lah dia berjumpa dengan seorang lelaki di tempat kerja selepas tamat era sekolah menengah. "Hazim dah mula rasa suka dekat Sarah. Hazim tak paksa Sarah pun tapi hazim janji, hazim akan sayang Sarah macam hazim sayang seorang ibu. Hazim harap Sarah boleh terima hazim." - Hazim Syazwan. "Boleh Sarah tahu kenapa hazim suka Sarah?" - Nurul Qistina Maisarah. "Sebab Sarah sopan santun, ayu, manis bila senyum." - Hazim Syazwan. Gadis itu memikir panjang untuk menerima lelaki itu ataupun tidak. Umur pula jauh. Lelaki itu bukanlah cita rasanya. Tambahan pula dia ingin memberi tumpuan pada dirinya dengan menuntu ilmu di Univerisiti dan mendekatkan dirinya kepada Allah. Adakah pertemuan mereka hanya kebetulan ataupun takdir?All Rights Reserved
1 part