Muhammad, seorang jejaka yang nakal semenjak zaman persekolahan. makin dinasihati, makin menjadi. Tapi, apabila muncul seorang gadis bernama Wawa, perlahan-lahan perangainya berubah dan dalam diam mencintai Wawa.
Namun, takdir ALLAH tidak dapat dielakkan, kematian Wawa sangat tragis. dirempuh kereta trak. Dan yang mengecewakan ialah hari kematian Wawa itu hari pernikahan mereka.
Selepas kematian Wawa, perangai Muhammad bertambah buruk selepas jumpa Uqasha. Uqasha? siapa dia? hanya setiausahanya sendiri.
Dan, kehadiran buat kali kedua yang menyebabkan Muhammad berubah dan jatuh cinta, Humaira. Sosok wanita yang sederhana tapi berilmu di dada. Semakin mengenalinya, Muhammad jatuh cinta dalam diam, begitu juga dengan Humaira.
Dan.. sahabat Humaira juga mencintai Muhammad dalam diam. Dua orang mencintai Muhammad pada masa yang sama.
tapi, hubungan Muhammad dan Humaira tidak direstui oleh ibu bapa Humaira. dan semenjak ditolak cintanya, Muhammad nekad berubah demi ALLAH. dan berguru dengan Ibnu Athaillah.
apakah Muhammad mampu memiliki cinta Humaira setelah sekian lama meninggalkannya? Dan bagaimana dengan Wawa yang dulu bertakhta di hatinya? Sanggupkah Muhammad melupakan Wawa, demi cinta barunya? Apakah perasaan yang akan terjadi diantara dua sahabat itu?