Muhammad Mukhriz Aryan x Nur Alayna Ariesha Dua remaja, yang ditangkap dalam situasi memalukan, terpaksa berkahwin awal demi menjaga maruah keluarga. Namun, pelbagai cabaran menyebabkan mereka terpisah selama tujuh tahun. Si isteri setia menunggu tanpa mengetahui apa yang berlaku kepada suaminya. Apabila takdir mempertemukan mereka semula, masing-masing telah berjaya dalam hidup. Namun, masa lalu yang belum diselesaikan dan perasaan yang terpendam selama tujuh tahun menuntut mereka untuk menghadapi kenangan tersebut serta membuat keputusan penting untuk masa depan mereka bersama.