Story cover for [ E-Book Version ] Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad by themiracle401
[ E-Book Version ] Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 5
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 5
Ongoing, First published Oct 17, 2024
💙Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad💙

Pencintaan seorang DHIYA HAFEEZA dan ARYAN IRSYAD mendapat tentangan hebat daripada ibu Aryan disebabkan perbezaan darjat dan kerana Datin Afrina menyangka Dhiya adalah anak luar nikah. Namun demi cinta yang mendalam, Aryan tetap nekad untuk menjadikan Dhiya sebagai isteri walaupun sedar bukan mudah untuk melembutkan hati si ibu.

Perkahwinan mereka diteruskan tanpa restu. Baik Dhiya atau Aryan, mereka mengharapkan jodoh mereka terus berpanjangan dan fikir dengan perkahwinan itu, mereka akan mudah untuk mengambil hati Datin Afrina. Tetapi bahagia Dhiya dan Aryan hanya seketika apabila ujian kembali mengekori mereka. Kekerasan hati Datin Afrina begitu sukar untuk dilembutkan, apatah lagi wanita itu sudah mempunyai calon isteri pilihannya untuk Aryan.

Dihadapkan dengan kebencian serta munculnya penyondol begitu memeritkan bagi Dhiya. Hanna calon pilihan si ibu mentua tidak pernah putus asa untuk merebut Aryan daripada Dhiya. Gadis itu terlalu berani kerana mendapat sokongan penuh daripada Datin Afrina. Dek kerana benci dan keinginan untuk mendapatkan Aryan begitu membuak-buak, Hanna sanggup mengotorkan tangan serta mempertaruhkan masa depan.

Kemalangan Aryan dirancang dengan menjadikan Dhiya sebagai kambing hitam. Rancangan Datin Afrina dan Hanna untuk memisahkan si anak dan Dhiya akhirnya berjaya. Selepas kemalangan sikap Aryan berubah kerana termakan dengan kata-kata hasutan, hingga sanggup menceraikan Dhiya.

Dhiya membawa diri dengan kelukaan yang dalam. Meskipun berjauhan, di sanubari terselit perasaan rindu yang tidak pernah padam. Perginya Dhiya turut membawa satu rahsia besar. Dan apabila kebenaran terbongkar, apakah masih ada ruang untuk Dhiya dan Aryan kembali mencipta bahagia? Adakah kerinduan Dhiya terhadap Aryan dibalas? Bagaimana pula pengakhiran untuk Datin Afrina dan Hanna?

Temui jawapannya dalam... Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad.
All Rights Reserved
Sign up to add [ E-Book Version ] Kerinduan Buatmu Dato' Aryan Irsyad to your library and receive updates
or
#408rindu
Content Guidelines
You may also like
Jodoh Ke Bodoh?  by ieyraaqish
144 parts Complete
Amanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impiannya. Kemunculan Harris sebagai galang ganti dan penyelamat kepada maruah Farina menyebabkan Hardy rasa tercabar. Plan yang selama ini diatur difikir akan memberi kepuasan kepadanya namun adalah sebaliknya. Niatnya membalas dendam pada Harris melalui Farina tidak menjadi. Dhuhaa Sofea... Setelah dikecewakan oleh lelaki yang dia betul-betul suka, ditekadkan hati agar tak memutikkan rasa cinta pada lelaki itu kembali walaupun sedikit. Setelah beberapa tahun berpisah, akhirnya berjumpa kembali dengan Sofea yang kini lebih anggun membuatkan hati Faliq terusik. Namun, ego mengatasi. Sanggupkah dia menjilat ludahnya kembali hanya kerana cinta? Daliya Zahra... Tengok sahaja kecik tapi bab melawan memang pro. Tambah-tambah lagi dengan bodyguard yang dia benci. Urgh! Menyemakkan hati. Megat Naufal Iskandar cuba mendapatkan cinta daripada Daliya. Macam-macam usaha dilakukan untuk memikat hati Daliya namun tak berjaya. Nia Safiya... Selembut mana pun hatinya, dia masih membekukan hatinya untuk memberi cinta kepada mana-mana lelaki. Lelaki semua tak boleh pakai! Semuanya hanya mainkan perasaan wanita! Walaupun sekeras mana hati Nia, Farhan cuba untuk mendapatkan hati Nia melalui cara lembut. Disabarkan hati hanya untuk orang yang dia sayang. Apakah pengakhiran kisah Farina dan Harris apabila Hardy datang untuk menuntut dan menagih cinta dari Farina serta anak yang dikandung oleh Farina? Bagaimana pula kisah Dhuhaa Sofea, Daliya Zahra dan Nia Safiya? Mampukah Faliq, Megat Naufal Iskandar dan Farhan mendapatkan cinta sejati mereka?
THE DEVOTION [EBOOK] by bintangwrites
4 parts Complete Mature
⚠️ known before as @Mrs Arfan Daniel❗ *** COMING SOON EBOOK! *** Second book of '𝒯𝒽𝑒 𝒮𝑒𝓇𝒾𝑒𝓈' 🌸 - WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begitu sahaja. Namun, Arfan merupakan seorang pencinta sejati, saat bibirnya menuturkan "abang akan bertanggungjawab", ditunaikan kata-kata tersebut. Cintanya ikhlas, ikhlas buat seorang ratu yang sentiasa bertakhta di hatinya. Marisa Hani, Benci menjadi satu-satunya perkara yang tersemat di hati Marisa buat lelaki bernama Arfan. Dirogol, dimarahi, ditengking, dikawal malah hubungannya dengan lelaki yang dicintai turut hancur kerana Arfan. Namun, takdir tetap takdir. Kalsom, ibu kepada Arfan meminta Marisa untuk menerima Arfan sebagai suami. Tanda "bertanggungjawab" ke atas perbuatan memalukan Arfan. Marisa sangkakan Arfan akan menyakitinya seperti selalu namun sangkaannya meleset disaat, dirinya dijaga tidak ubah dari seorang ratu. Malah, disaat lelaki itu tidak mempunyai segalanya, Arfan rela memberi nyawanya demi kebahagiaan Marisa. Sikap Arfan melembutkan sekeping hati Marisa. Muncul satu perasaan aneh, cinta? Ya, Marisa cintakan Arfan. Di saat bahagia muncul di dalam perkahwinan mereka, rumahtangga mereka diuji. Hubungan mereka diuji. Hati Marisa hancur di saat mengetahui Arfan bakal menikahi wanita lain, segala janji lelaki itu hanya sekadar menanam tebu di bibir. Marisa kecewa, segera diri dibawa pergi bersama anak yang baru lahir jauh dari pandangan Arfan. Setahun berlalu, Takdir mempertemukan mereka. Arfan segera melutut merayu namun Marisa tidak peduli. Hatinya mati setelah kejadian setahun lalu. "Abang.. Mohon sayang dengar penjelasan abang."_ARFAN DANIEL Berjayakah Arfan melunturkan kembali hati sang isteri untuk kembali kepada dirinya?
First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ] by NURADREENAASHEERABIN
78 parts Complete Mature
AMARAN ⚠️ Pengenalan sudah cukup membuatkan badan meremang dan air mata mengalir. Cerita ini akan membuatkan emosi anda tidak stabil. Jikalau anda tidak kuat, jangan baca. _______ ✨🦋✨ _______ - THE LAST LOVE FOR US - Arainna Asheera, mungkin lebih di kenali sebagai Nana. Hidupnya tidak seindah gadis yang lain. Dari kecil lagi dirinya perlu merasai pahitnya kehidupan. Qarizh Damien. Seorang lelaki yang amat Arainna cintai. Tapi hatinya sakit apabila mendengar tentang lelaki itu sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Tapi siapa sangka? Larilah sejauh mana pun ia. Kalau sudah tertulis lelaki itu untuk Arainna. Tiada sesiapa yang boleh menghalang lagi. Arainna sudah sah menjadi milik Qarizh Damien. Di awal perkahwinan hanya indah saja. Tapi tanpa gadis itu sedar. Sang suami telah merancang satu pelan kejam untuknya. Apabila terbongkar satu kisah silam sang isteri. Arainna tidak lari dari di hina dan di caci oleh sang suami. " Aku haramkan engkau bin atau bintikan anak tu dengan nama aku!" - Damien. Cinta? Di sebabkan cinta, Arainna hampir meragut nyawa seorang gadis yang amat dicintai oleh suaminya. Nur Haellyzar. " Kalau kau sentuh Elly, aku akan hancurkan hidup kau. Kau kenal akukan?" - Damien. Kejadian gila yang di rancang oleh Arainna telah membongkarkan satu persatu pelan kejam yang di rancang oleh suaminya. " Adik tahu adik banyak sangat buat dosa. Tapi tak layak ke adik untuk berubah? Kenapa dia buat adik macam kucing kurap? Adik benci dia, abah! Dengan nama Allah. Adik benci dia!" - Arainna. Apabila ingin hidup dengan cara sendiri dan ingin mencari bahagianya sendiri. Ada saja yang meminta peluang kedua. " Sayang... Tak layak ke abang untuk jadi ayah kepada anak ni?" - Damien " Anak ni tak hadaplah nak ada bapak yang tak bertanggungjawab macam kau!" - Arainna. Plan kejam apa yang telah di rancang oleh Damien sehingga membuatkan gadis itu susah untuk memaafkan dirinya kembali? _______ ✨🦋✨ _______
Hadirnya Cinta by ieyraaqish
121 parts Complete
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat mana-mana universiti. Apa yang aku tahu aku nak kerja je. Nak menambahkan duit poket yang sedia kosong ni. Nampak je aku ni macam baik tapi sebenarnya aku tak baik mana pun. Tapi, hidup aku mula haru-biru bila terjumpa balik dengan si sengal Aryan ni. Memang menyesakkan hidup aku. Aku tak sangka pulak yang baby Dania adalah anak dia. -Airis Afina. Selepas kehilangan isteri aku, aku tak terfikir langsung nak cari mana-mana perempuan untuk dijadikan pengganti kepada isteri aku. Aku tak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Cukuplah aku dah kehilangan isteri aku di saat dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak aku ke dunia ni. Pengorbanan dia tak mampu dibalas. Aku rasa lebih baik aku membujang sampai bila-bila dan menjaga Dania dengan penuh kasih-sayang. Tapi, aku tahu kasih-sayang aku saja tak cukup. Dania memerlukan kasih-sayang seorang ibu. Tapi, aku malas nak ambik tahu sebab aku tahu ada aku pun dah mencukupi. Tapi, kenyataan aku salah sama sekali apabila aku berjumpa dengan Airis. Ada sesuatu pada diri Airis yang membuatkan aku terima dia dalam hidup aku. -Aryan Ezzriq "Oh...Nur Aqira Dania ni anak dia rupanya..." ~Airis Afina. "Tak sangka pulak aku yang dia jadi babysitter dekat nursery ni..." ~Aryan Ezzriq. Semakin Airis cuba mengelak dari berjumpa dengan Aryan, makin kerap mereka bertemu. Tidak kiralah di mana sahaja, pasti Airis akan bertembung dengan lelaki itu. Lari macam mana sekalipun, tetap akan berjumpa. "Kau follow aku eh? Semaklah asyik jumpa kau je!" ~Airis Afina. "Eh? Sapa yang follow kau hah? Apa? Ingat ni jalan bapak kau ke? Ingat kau sorang je boleh lalu jalan ni?" ~Aryan Ezzriq. ©Highest ranking #5 in romance (13/4/2018)
- PENGORBANAN CINTA - [C] by NURADREENAASHEERABIN
106 parts Complete Mature
AMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta boleh membuatkan seorang yang waras boleh jadi gila. Di sebabkan cinta... Mawar sanggup berkorban.Tapi... hanya Mawar sajakah yang berkorban? Tanpa gadis itu tahu... ada seorang lagi yang sanggup berkorban untuk melihat dirinya bahagia. Dyzwar banyak berkorban bagi membesarkan adik kesayangannya.Tapi di sebabkan satu kejadian gelap yang menimpa keluarganya membuatkan Dyzwar kecewa akan Mawar. " Di sebabkan ini! Aku tak nak kau rapat dengan laki!" - Dyzwar. Mawar di paksa berkahwin bersama seorang lelaki yang sedikit berumur.Aryyan Deluca.Pakcik angkat rakannya. Perkahwinan yang di aturkan secara tertutup.Hanya keluarga terdekat saja yang hadir.Dan Aryyan meletakkan syarat hanya rakan - rakannya saja yang di jemput hadir. Awalnya memang gadis itu perlu melalui pahit manis bersama sang suami.Tapi pertengahannya membuatkan gadis itu berbelah bagi. " Uncle Aryyan lamar aku!" - Arissa. " Aku nak halalkan Arissa... tapi kau muasnahkan semuanya." - Aryyan. Di sebabkan satu persahabatan, gadis itu mengorbankan cintanya untuk sang suami demi melihat orang yang dia sayang, bahagia. " Awak kena jadi seorang suami yang baik tau untuk Arissa." - Mawar. Di waktu hari sang suami dan rakannya bersanding.Mawar telah menerima satu surat yang membuatkan jantungnya hampir saja terhenti. "Tolong, sayangkan dia macam mana,saya sayangkan dia." - Mawar. Pengorbanan Mawar terlalu besar.Hanya kerana ingin melihat sang suami, bahagia. Tapi ada seorang lagi yang mengorbankan cintanya lebih besar daripada Mawar. ________ ✨🦋✨ ________ STATUS : COMPLETE
Zauji [C] by kitty_ichi
17 parts Complete
-first of all, author nak cakap yang cerita ni di published sewaktu author baru nak jinak-jinak dalam dunia penulisan.so,sebarang kesalahan ejaan harap di maafkan. Sebab author malas nak edit semula! InshaAllah next book author cuba perbaiki- Hidupnya dibesarkan dengan harta dan tidak pernah sekalipun merasa pahitnya kesusahan. Berjumpa dengan pelbagai jenis lelaki membuatnya muak dengan kehidupan Perlukah dia mencuba sesuatu yang lain?kahwin dengan orang yang tidak setaraf dengannya?tidak pernah terlintas difikiran Tapi kenapa si dia berbeza?si dia membuatkan gadis liar sepertinya tertawan "Kau terdedah macam ni nak tunjuk dekat siapa?"-Idris Haider Setiap hari dia hanya mampu menelan kata-kata pahit si suami "Saya nak goda suami saya sendiri pun tak boleh?"-Aura Delisha Dan hari-hari jugalah dia berusaha untuk menawan hati si jejaka "Saya anggap ris macam abang saya..tak lebih"-Irdina Khadeeja Tipulah jika dia kata tidak cemburu apabila ada perempuan yang memenuhi cita rasa si suami mulai muncul dengan tiba-tiba "Kalau kau sakitkan hati Aura,aku rampas dia balik!"-Affan Mukhriz Kemunculan bekas kekasihnya itu turut memberi kesan pada perkahwinannya "Kenapa awak tak pernah cakap awak suka saya?adakah sebab saya bukan perempuan pilihan awak?"-Aura Delisha Ikhlaskah hatinya untuk melepaskan jejaka yang sangat dicintainya itu? "Anna uhibbu kafillah ya zaujah"-Idris Haider Kata-kata yang selama ini ditunggu akhirnya terucap jua - CLICHE ALERT! - START - 31/10/2022 END - 28/6/2023 P/S:STORY LINE TOTALLY MY OWN IDEA P/S:RINGANKAN TANGAN UNTUK KOMEN YA!
You may also like
Slide 1 of 9
Terima Kasih Derita [TERBIT] cover
Jodoh Ke Bodoh?  cover
Broken Bodies (21+) cover
THE DEVOTION [EBOOK] cover
Aryanna Sufya cover
First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ] cover
Hadirnya Cinta cover
- PENGORBANAN CINTA - [C] cover
Zauji [C] cover

Terima Kasih Derita [TERBIT]

20 parts Complete

BLURB: Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah. Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf! "Fan akan kahwin dengan dia, tetapi dengan bersyarat. Fan tak nak sesiapa pun tahu Fan kahwin dengan dia. Lebih-lebih lagi daripada Nisa. Dan kalau Fan dapat tahu yang Nisa tahu hubungan Fan dengan perempuan ni, Fan takkan teragak-agak untuk ceraikan dia! - Irfan Sufyan "Saya sedar diri saya di mata awak, Encik Irfan. Tadi awak ada kata yang awak seribu kali tak ingin dengan saya kan? Tapi awak tak tahu yang saya sejuta kali tak inginlah dengan awak!" - Afeeya Semenjak itu, hubungan mereka tidak pernah berubah dengan saling membenci. Namun tatkala cinta sudah hadir, Afeeya mendapat tahu bahawa Anissa yang pernah disebut-sebut suaminya rupa-rupanya ialah Anissa, bekas kawan baiknya sendiri. Afeeya reda... jika Anissa membongkar kembali fitnahnya di hadapan suaminya. Namun, sehingga bilakah Afeeya mampu merahsiakan identiti dirinya daripada pengetahuan semua? Adakah derita Afeeya akan berakhir juga pada akhirnya?