Penulis Yang Tak Diiktiraf

Penulis Yang Tak Diiktiraf

  • WpView
    Reads 1,491
  • WpVote
    Votes 137
  • WpPart
    Parts 42
WpMetadataReadComplete Thu, Jun 5, 2025
WpInfo
Fanfic
NCT
Karya ini adalah rekaan semata-mata. Begitu juga dengan semua nama dan watak dalam karya ini. Amaran! Karya ini mungkin mengandungi kata-kata kasar dan mungkin boleh menyentuh sensitiviti sebahagian pembaca. Karya ini masih ditulis dan mungkin akan ada penyuntingan dari semasa ke semasa termasuk ; bab yang telah disiarkan mungkin akan disunting semula. ____________________________________________ Syahir dan Fikri, sudah lama menjalani kehidupan tanpa ibu dan ayah kandung mereka. Mereka tinggal bersama Zurinah, ibu tiri mereka. Fikri yang sudah dewasa terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia sentiasa berusaha untuk mengubah nasib keluarganya walaupun dengan cara yang membahayakan diri. Syahir pula, dunianya hanya di dalam rumah dengan kerusi rodanya sebagai penyokong. Usianya sudah menginjak 18 tahun, namun masanya seakan terhenti sejak 10 tahun lalu. Ketika itu dia kemalangan dan dia hilang segala-galanya. Hilang seorang ayah, kasih sayang Zurinah, keupayaan berjalan dan masa mudanya. Semua itu lesap sekelip mata. "Abang akan sayang Syahir seperti mana abah sayang kita semua." -Fikri Dizzlan- "Kalau ikutkan hati, aku pun dah tak nak hidup lagi." -Syahir Dizzlan- Segalanya berubah selepas Fikri menemukan manuskrip novel yang ditulis oleh Syahir. Penemuan ini membuka pelbagai konflik dan sisi yang berbeza. Ujian demi ujian terus menimpa mereka. Kasih sayang yang dulunya menjadi kekuatan kini mula dipersoalkan. Adakah mereka akan menghadapinya bersama? Atau terpisah di pertengahan jalan? Ikuti kisah penuh emosi dan perjuangan dalam novel "Penulis Yang Tak Diiktiraf" untuk mengetahui apa nasib mereka di penghujung cerita.
All Rights Reserved
#228
melayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • My Mrs Seventeen (Terbit - Cetak)
  • Biar Berjuta Kali (Bab Percuma)
  • Takwil Cinta Zulaikha
  • IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE]
  • Memoir Si Hati Kering
  • Panahan Matamu
  • Anugerah Terindah [C]
  • Terima Kasih Derita [TERBIT]
  • Berikan Aku Peluang Kedua [COMPLETED]

Bila hidup sering dibenci oleh ibu sendiri dan si ibu pula menyuruh untuk membuat perkara mungkar... "Kau hidup dah lah menyusahkan aku! Kalau kau nak sangat kenal bapak kau yang dah mati tu... apa kata kau ikut dia sekali! Pergi mati sana!" - Puan Sri Ayu. Bila hati semakin pedih dan sakit untuk telan semua kenyataan... "Aku abang kandung kau! Abang seayah kau! Kita kongsi ayah yang sama Bella!" -Mukhriz. "... Sayalah yang mengisi hari-hari dengan awak sepanjang dua tahun lepas. Sayalah yang buat semua tu... saya yang buat Kasih... Saya... bukan Ishak." - Iskandar. Bila diri terpaksa menunaikan janji yang sudah dibuat. "Akhi... Bella tak nak kahwin lagi... Bella takut jadi macam mama dengan walid... Bella takut jadi janda, kena cerai..." - Nabila. Akan kuatkah gadis yang berusia 17 tahun ini menempuh semua dugaan yang perlu dihadapi olehnya di dalam hidupnya serta di dalam alam rumah tangganya? "Sayang dengar dulu..." - Syed Amirul. "Stop, panggil aku dengan benda alah tu boleh tak?! Sakit telingga tau tak, bila aku dengar perkataaan tu. Sekarang ni, aku nak kau berambus dari rumah aku! Keluar!" - Nabila. Apa kesudahan hidup gadis yang bernama Kasih Nabila Abdullah yang berusia 17 tahun ini? Semuanya akan terjawab dalam... My Mrs Seventeen. CERITA INI SUDAH DITERBITKAN! DILARANG MENCETAK ROMPAK CERITA INI TANPA KEBENARAN BERTULIS DARI PENULIS! Sekiranya berminat untuk mendapatkan novel ini, boleh hubungi penulis di WhatsApp. (www.wasap.my/60133405053/Novel+My+Mrs+Seventeen) 0133405053

More details
WpActionLinkContent Guidelines