"Kamu adalah ratna pakaja beta , Anggun" Ratna pakaja?Apa tu...ahhhh Anggun pening.Dia asyik mimpikan suara seorang lelaki yang baginya amat merdu didengar.Tapi itulah,bila asyik termimpikan benda yang sama dalam bulan ni,pusing juga dia.Nak tanya atuk...tapi itulah,kalau dia tanya nanti mesti atuk risau...bukannya dia tak tahu,atuk dia ni cukup anti hal-hal tafsir mimpi ni. "Sudah masanya kamu melepaskan Anggun ke dalam dunia ini,Zaman.Mereka berdua telah ditakdirkan bersama.Kamu juga telah berjanji denganku untuk menyatukan Arjuna dengan cucumu." "Maafkan aku,Bakti.Berikan aku sedikit waktu lagi,aku masih belum berterus terang tentang asal-usulnya.Aku bimbang Anggun tidak dapat menerima kenyataan." ujar Zaman gelisah.Dia ini ibarat 'ditelan mati emak,diluah mati bapa'...sungguh dia takut kehilangan cucunya.Dalam masa yang sama,dia juga tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana ada nyawa yang perlu dipertaruhkan. "Nyawa anakku Arjuna ditangan cucumu,jangan mungkir janji Zaman.Bimbang nanti kamu terkena walang Anungkasakti"ujar Raja Bakti sedikit tegas. "Merapatlah padaku,hanya kamu racun buatku yang paling mujarab" Ujar Raja Arjuna kepada si gadis yang sudah berada di dalam pelukannya.Gadis ini.Sungguh tenang berada di dekatnya. Anggun terkedu.Dia dapat merasakan denyut jantung Arjuna yang amat laju berdetak...sungguh dia rasakan jantungnya nak meletup.